Header Ads

Sultan Pahang Sah Menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16



Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara atas sebab peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lepas, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.

Hari ini, berdasarkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara secara rasminya, Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.


Proses Pemilihan Agong





Kenyataan Rasmi Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Berkenaan Pemilihan YDP Agong Ke-16




Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, dihadiri oleh kesemua Sultan dan Raja Melayu kecuali Kelantan.

Mesyuarat terbabit turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.


Biodata YDP Agong 




Sumber : BERNAMA, sinar harian 



No comments

Powered by Blogger.
a