Header Ads

(VIDEO) SUV Putih Terjunam : 'Tolong Hentikan Spekulasi!'- Ketua Polis Pulau Pinang

Berhenti buat spekulasi tentang rakaman

ORANG ramai dinasihatkan supaya berhenti membuat spekulasi mengenai rakaman dash cam berhubung kejadian kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut, yang diperoleh dari sebuah kenderaan lain.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narensagaran berkata, orang ramai tidak seharusnya membuat andaian hanya berdasarkan rakaman terbabit sebaliknya memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan.

Artikel berkaitan : (UPDATE) Mangsa terhumban ke dalam laut Jambatan Pulau Pinang dikenalpasti, pemandu Toyota Vios positif ganja


Pasukan forensik akan meneliti rakaman 

“Kita akan menghantarnya kepada pasukan forensik untuk meneliti rakaman terbabit, sama ada ia berkaitan dengan kejadian berkenaan atau perkara lain.


Hormati keluarga mangsa

“Bayangkan trauma dialami keluarga mangsa terpaksa membaca semua spekulasi berhubung kes ini. Kita perlu menghormati sentimen keluarga mereka juga.
“Jangan terlalu teruja dan buat spekulasi. Anda (pengamal media) dan kita (polis) perlu berlandaskan fakta,” katanya ketika ditemui di Festival Polis Komuniti sempena Thaipusam di Jalan Kebun dekat Georgetown, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi semalam, SUV putih dipercayai dipandu Moey Yun Peng, 20, terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dalam jarak seluas 2 batu nautika dari lokasi kejadian, membabitkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin.
Narensagaran berkata, pihak berkuasa kini menggerakkan aset dan menggandakan usaha pencarian mangsa.


(VIDEO) Detik cemas kereta SUV putih menjunam ke dalam laut


Sumber : kosmo , hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a