Header Ads

'Tentera Bawang Malaysia' Serang Israel Melalui Facebook Page IPC, Berkenaan Isu Pembatalan Selaku Tuan Rumah


Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

KDN Malaysia tidak perlukan perenang Para Israel 
Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.


Tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, tiada pilihan
Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.
Beliau berkata, apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu.
"Pergerakan Paralimpik sentiasa akan diteruskan, didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan, bukan pengecualian. Tidak kira negara yang terbabit dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan sama dalam situasinya sama walaupun negara berbeza.
"Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia, kami mendapat jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak dibenarkan menyertai acara ini dengan jaminan keselamatan mereka.
"Namun, terdapat perubahan kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia yang baharu dan mempunyai idea berbeza. Kami kecewa atlet Israel tidak dibenarkan bersaing di Malaysia.

Cari Tuan Rumah baru untuk kejohanan dunia paralimpik
"Seperti keputusan hari ini, kami kini mencari tuan rumah baharu untuk Kejohanan Dunia yang penting ini, yang menjadi medan untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020," katanya.
"Kami akan berusaha untuk mengekalkan tarikh dan syarat yang sama untuk kejohanan supaya tidak mengganggu jadual latihan atlet yang bertujuan untuk mencapai tahap terbaik pada akhir Julai dan awal Ogos."
Pengerusi Majlis Atlet IPC, Chelsey Gotell, berkata pihaknya menerima banyak maklum balas daripada atlet di seluruh dunia berkenaan situasi berkenaan.
"Kami sudah membincangkan semua hasil yang berpotensi dan berhubung dengan Kumpulan Penasihat Atlet Renang Para Dunia untuk mengumpul maklum balas mereka mengenai situasi ini bagi memastikan suara atlet dapat dilihat dalam perbincangan dan keputusan Lembaga IPC."


'Askar Bawang' ligat di ruangan komen Facebook IPC menentang Israel

Rata-rata rakyat Malaysia selaku 'Bawang Army' atau 'Askar Bawang' menunjukkan sokongan kepada Malaysia walaupun telah dibatalkan hak sebagai Tuan Rumah Kojohanan Dunia Paralimpik tahun ini gara-gara menyekat para Israel dari melibatkan diri dari kejohanan itu. Ada juga rakyat dari Indonesia dan Brunei yang menyokong Malaysia untuk menyekat penglibatan dari Israel.






Sumber : hmetro, Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a