Header Ads

Tips Kawal Emosi Marah Elak Stress




Emosi yang tidak baik seperti kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badan seperti muka menjadi merah, urat-urat leher menegang, tubuh seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan buruk samaada mengutuk atau mengeji.

Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan seseorang itu boleh bertindak melulu seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh. Mendorong untuk melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan sikap permusuhan seterusnya perasaan kebencian.

EMOSI MARAH
Emosi marah memang merupakan sifat semulajadi sebagai manusia, namun seorang individu haruslah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh mendatangkan kemarahan.

Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkan bijaksana atau kaedah untuk mengawal emosi marah. Kemarahan selalu berpunca daripada kegagalan mengawal emosi. Dugaan hidup yang pelbagai juga adalah faktor yang memungkinkan diri kita dari mengawal emosi yang tidak menentu.

1.BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Langkah untuk bertenang yang pertama ialah banyakkan meminum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, sebolehnya cubalah untuk mencapai target ini. 

Namun ada juga mitos yang mengatakan minum air yang terlalu banyak akan menyebabkan gemuk air. Ini adalah mengarut ya. Sudah 2019, berhentilah untuk mempercayai tentang hal tersebut.Boleh baca share ini untuk maklumat lanjut.

Sumber: Twitter

Kenapa?
Kerana air memang akan memenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dnegan air. Janga lupa baca  Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air. Selain itu, jika berwudhuk dan solat sunat adalah lebih baik. Mohon allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam.Biar terhapus emosi marah tersebut.

2. GUNAKAN PEWANGI SETIAP MASA

Seterusnya ialah mengamalkan memakai pewangi setiap masa. Tenangkan diri dan dapatkan persekitaran yang aman dan wangi. Emosi marah akan kembali stabil manakala bau yang busuk akan menyebabkan kita lebih cepat marah.

Tanpa wangian memanglah tiada apa-apa tetapi jika suasana lebih tenang, hal ini akan mendorong diri kita untuk lebih tenang dan bijak mengawal suasana.

3. AMALKAN TEKNIK “PAUSE”

Pernah dengar teknik ini?

Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.
Langkah yang pertama, kita perlu diam.
Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?


Konsep pause adalah cara yang baik untuk menguruskan kemarahan. Konsep ini mendekatkan diri kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.

Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.


Sumber: Pesona Pengantin

No comments

Powered by Blogger.
a