Header Ads

(UPDATE) Mengaku ke pesta arak, secara rasminya gelaran 'Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee' ditarik balik


Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam Kemuncak Dewi Remaja pada Ahad lalu secara rasminya ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja, susulan penularan video aktivitinya bersama rakan-rakan di kelab malam baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Video viral pesta arak, penganjur ambil serius, netizen desak gelaran 'Juara Dewi Remaja' Haneesya Hanee ditarik balik


Haneesya Hanee juara Dewi Remaja 2018/2019 memulangkan semula 'crown' kepada pihak REMAJA
Wakil jurucakap penganjur dalam kenyataan tersebut memberitahu bahawa penarikkan kembali anugerah tersebut dibuat atas alasan Hanee telah melanggar beberapa syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur sebelum ini.
”Syarat-syarat tersebut memang sudah diketahui oleh peserta. Sudah dibaca dan sudah ditandatangani, dan syarat-syarat tersebut dilanggar selepas ia ditandangani.
”Kami tiada kompromi kerana ini bukan sahaja melibatkan reputasi peserta tetapi juga Majalah Remaja dan Dewi Remaja,” katanya.
Bagaimanapun, posisi Juara Dewi Remaja tidak akan diisi oleh peserta lain, manakala Tia Sarah kekal mempertahankan tempat kedua yang menjadi miliknya.
Penganjur juga membuat keputusan untuk tidak memilih mana-mana peserta untuk menyandang gelaran Dewi Remaja bagi musim ini bertujuan untuk menjaga kredibiliti pertandingan tersebut.
Melalui sidang media yang sama juga, penganjur menegaskan bahawa insiden berkenaan berlaku kira-kira sebulan sebelum Hanee ditabalkan sebagai Dewi Remaja, sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat sebelum ini bahawa insiden berkenaan berlaku sebagai meraikan kemenangannya.
Editor REMAJA berkata pihak mereka kesal dengan kejadian yang berlaku. Walau bagaimanapun, pihaknya akan terus menyokong kerjaya Haneesya biarpun tidak bergelar Dewi Remaja lagi.
Video penuh sidang media
Sumber : REMAJA

No comments

Powered by Blogger.
a