Header Ads

(VIDEO) Dia memang 'gifted', sampai orang kampung panggil dia 'Aishah London' - Kata Bapa Murid Viral Di Laman Sosial



Kecoh gambar dan kaletah budak sekolah rendah yang baru melangkah ke alam persekolahan lebih-lebih lagi anak-anak yang masuk Darjah 1. Viral di laman sosial video tentang kepetahan seorang murid perempuan darjah 1 bernama Hana Aishah Mustafa Kamal ketika ditemubual sebuah stesen televisyen tempoh hari.

Bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib ditemubual Mstar berkata sendiri sebenarnya beliau juga pelik dan hairan dengan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak di usia kecil lagi.



Mula 'speaking' dari usia 3 tahun 




Mustafa berkata, anaknya itu mula bertutur dalam Bahasa Inggeris sejak berusia 3 tahun dan berpendapat anaknya itu berbakat kerana perkataan pertama diucapkan pun dalam bahasa itu. Malahan Aishah juga turut dipanggil Aishah London oleh orang kampungnya.

Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.
Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.
Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang.


Tiada rahsia atau tips apa-apa, cuma didikan agama, ajar solat&mengaji




Menurut lelaki yang juga peniaga ini, dia tidak mempunyai petua atau tips tertentu membesarkan Aishah, namun menekankan pendidikan agama sejak kecil. Selain itu Aishah juga menunjukkan perbezaan dari segi seleranya.
Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.
Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan.






'Aisyah tanya guru kelas mengenai peraturan sekolah', dia memang suka tanya soalan pelik


Ujar Mustafa lagi, Aishah turut menunjukkan keterujaan untuk ke sekolah buat pertama kali. Malahan, Aishah juga turut mengajukan soalan peraturan sekolah kepada gurunya sebagai soalan pertama di dalam kelas.
Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun. Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.
Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab

Sumber : mstar

No comments

Powered by Blogger.
a