Header Ads

(VIDEO) Juruwang Ditampar Hingga Mengalami Kesakitan Belakang Kepala, Gara-gara Minyak Masak


Tular di laman sosial video seorang lelaki berang kerana tidak dapat membeli tiga paket minyak masak lalu menampar dan mengugut juruwang wanita hasil semakan daripada rakaman kamera litar tertutup. Mangsa dan juga juruwang wanita yang bernama Norasyra Aziz, 29, ditampar di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, hari ini.


Suspek ingin membeli 3 paket minyak masak

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa pada mulanya didatangi seorang pelanggan lelaki yang mahu membeli tiga paket minyak masak. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata mangsa memberitahu lelaki berkenaan yang dia hanya boleh membeli dua paket minyak masak kerana itu jumlah yang dihadkan bagi setiap pelanggan.





“Bagaimanapun, lelaki terbabit berang dengan teguran itu dan dia terus menampar belakang kepala mangsa dan mengugut mangsa supaya berjaga-jaga sebelum beredar,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.
Anbalagan berkata, akibat kejadian itu, wanita berkenaan mengalami sakit di belakang kepala dan berikutan takut dengan ugutan terbabit, melaporkan kejadian itu kepada polis.

Punca kemarahan 

Mangsa mendakwa, lelaki terbabit marah kerana ditegur apabila mahu membeli tiga paket minyak masak kuantiti satu kilogram setiap satu sedangkan dua paket sahaja dihadkan boleh dijual kepada setiap pelanggan.

Keluarkan kata-kata kesat sebelum tampar mangsa

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek didakwa mula mengeluarkan kata-kata kesat. Mangsa yang memintanya supaya bercakap secara baik terus ditampar di bahagian kepala malah turut mengugut mengancamnya.
”Saya cakap dengan dia cakaplah elok-elok, saya cakap dengan awak elok-elok so awak cakap dengan saya elok-elok balik.
”Tapi dia mula tengking dan cakap perkataan kotor, dia datang berdiri di depan saya dan terus pukul saya,” kata mangsa.

Tarik rak di kedai hingga jatuh 
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut yang masih tidak berpuas hati turut didakwa menarik rak di kedai tersebut hingga jatuh sebelum beredar.
Dia tarik dua-dua rak depan ni bagi jatuh, barang semua berselerak habis, tapi ada pelanggan lain yang tolong bantu dan susun semula.
Mangsa yang bekerja berseorangan di kedai tersebut sewaktu kejadian, telah membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil ke atas suspek.
Menurutnya, polis kini sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.


Sumber : BERNAMA NEWS CHANNEL

No comments

Powered by Blogger.
a