Header Ads

(VIDEO) Madinah dilanda banjir teruk



Hujan lebat dan ribut pasir di Arab Saudi telah menyebabkan banjir, sekolah ditutup dan menjejaskan penglihatan.

Pihak berkuasa menyarankan kepada penduduk dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan itu untuk berwaspada selama cuaca buruk yang dialami di Madinah sekarang.

Hujan telah membadai bahagian utara dan barat Arab Saudi pada hari Ahad lalu dan Isnin (semalam), sementara ribut pasir telah menyerang daerah-daerah tertentu.

Sekolah juga telah ditutup di Tabuk, Arar dan Al-Jawf kerana banjir dan menjejaskan pandangan rendah di Riyadh dan tempat-tempat lain.

Riyadh, Makkah, wilayah utara, Salam, Tabuk, Qassim, Madinan, kawasan timur, Asir, Jazan dan Al-Jawf mengalami cuaca yang tidak stabil.


Direktor Jenderal Pertahanan Awam meminta penduduk berhati-hati agar tidak tidak mengambil risiko untuk diri sendiri dan keluarga."

"Juga elakkan pergi ke lembah atau kawasan berbahaya," kata Major Mohammed Al-Hammadi, jurucakap Pertahanan Awam, kepada Arab News.

Sumber : Arab news, Tribunnews

No comments

Powered by Blogger.
a