Header Ads

(VIDEO) Viral 'Maknyah' Merangkap PA Sajat Menampar Pekerja Farmasi, Gara-gara Panggilan 'Anjing', Ini Penjelasan Mufti Perlis Dr MAZA


Tular di laman sosial video seorang 'maknyah' atau pondan merangkap pembantu peribadi (PA) kepada usahawan terkenal yang penuh dengan kontroversi iaitu Muhammad Sajjad bin Kamarulzaman atau dirinya menggelar Nur Sajat. telah menyerang seorang pekerja farmasi dengan menampar pekerja farmasi di sebuah pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur. 




Menerusi rakaman video tersebut, individu yang menyerangnya itu dilihat telah menarik mangsa keluar dari farmasi tempatnya bekerja dan menamparnya sebanyak 3 kali sebelum terjadinya pergelutan.

Berdasarkan perkongsian netizen, mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.





Menurut laporan polis, mangsa telah diserang oleh 3 orang individu termasuk suspek. Akibat daripada serangan tersebut mangsa mengalami beberapa kecederaan di jari dan muka, malah telefon bimbitnya juga telah hilang sewaktu kejadian tersebut berlaku.
Susulan kejadian itu, Sajat tampil membuka mulut mengenai isu berkenaan melalui laman Instagramnya. Menurut Sajat, pembantu peribadinya memukul pekerja farmasi itu kerana wanita itu tidak mempunyai adab dan tiada budi bahasa dan pekerja farmasi itu memanggil pembantu peribadinya dengan nama ‘anjing’ dan berkata macam-macam tentang dirinya.

"Jika melihat 'maknyah' pukul perempuan, bertindaklah sepertimana kita melihat lelaki pukul perempuan"-Dr MAZA
Susulan daripada insiden viral tersebut, Mufti Perlis iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA, telah tampil bersuara berkenaan isu 'maknyah' tampar pekerja farmasi tersebut. Hal ini serius kerana 'maknyah' sudah tentu adalah berjantina lelaki dan beliau berpesan jika melihat 'maknyah' pukul perempuan, hendaklah bertindak sepertimana melihat lelaki memukul perempuan.




Respon Netizen 







Sumber : Mufti Perlis Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin , Twitter 

No comments

Powered by Blogger.
a