Header Ads

Video viral pesta arak, penganjur ambil serius, netizen desak gelaran 'Juara Dewi Remaja' Haneesya Hanee ditarik balik


Zaman kini, zaman viral. Apa sahaja kesilapan pasti cepat ditularkan melalui laman sosial. Apatah lagi jika seorang public figure, kesalahan yang jelas di mata netizen pasti akan mendapat kecaman.

Pernah tular dan menjadi bualan ramai warganet, Haneesya Hanee yang mempunyai kulit gelap berbanding peserta Dewi Remaja lain. Ada yang mengutuk dengan warna kulitnya, tetapi ramai yang menyokong dan memberi semangat kepadanya.

Artikel Berkaitan : "Stop Making My Mother Cry!" - Warna Kulit & Keturunan Haneesya Hanee Berterusan Dihina Netizen

Kali ini, baru sahaja hari Ahad lalu, gadis berusia 18 tahun, Haneesya Hanee dinobatkan gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 yang disiarkan di Astro Ria dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000, kini sudah tercetus kontroversi.

Mengikut sangkaan dan tekaan ramai, dia tampil berani serta penuh keyakinan pada malam itu, lantas mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu, Hanee berjaya memikat hati ramai dan sekaligus menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri. 


Pesta Arak 



Tersebar video pesta arak di sebuat kelab malam melibatkan peserta Dewi Remaja 2018/2019 menyebabkan pihak penganjur pertandingan itu sedang memikirkan bentuk tindakan yang perlu diambil.

Walau bagaimana pun, Nu Ideaktif selaku penganjur menjelaskan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan berkaitan perdebatan hangat netizen termasuklah kredibiliti juara pertandingan Dewi Remaja itu oleh kerana video Haneesya Hanee tersebar pada Isnin lalu.

Penganjur juga memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan juara Dewi Remaja itu.






'Akui anak culture shock' - Respon Ibu Haneesya

Menurut Nor Sakuraneeda, dia suatu ketika dulu mengawasi pergerakan anaknya itu sehingga dilabel mengongkong dan kejam. Jadi, setelah Haneesya meningkat dewasa, dia mula memberi sedikitt kelonggaran untuk memberi peluang anaknya merasa nikmat dewasa.
Dulu aku kehulu ke hilir teman dia, sampai ada kata aku mak yang control anak sangat.. mak kejam.. so bila Haneesya semakin dewasa aku mula longgarkan penjagaan so that dia tak terasa tertekan dan dapat rasa nikmat as remaja.. tapi bila kita loose dan bagi sepenuh kepercayaan.. Anak mula cultural shock berkawan.. BUKAN SALAHKAN KAWAN TAPI SEKADAR NASIHAT:- BUKAN SEMUA ORG BOLEH JADI KAWAN.
Tambahnya lagi, pengaruh kawan boleh membuatkan seseorang itu lalai dan terpengaruh. Malahan wanita itu turut mengakui telah memukul dan menghalau anaknya namun masih diberi kesabaran.
Kawan lah dgn org yg mampu memberi manfaat dan kebaikan.. JGN SAMPAI MUDAH TERPENGARUH!! BILA KITA LALAI N TERLEBIH SERONOK AKAN LUPA DIRI!!.. tadi dah kena pukul dan halau anakku dari hidup aku.. tapi Allah masih beri aku iman dan kesabaran..


Moga kesilapan buat kamu lebih berhati-hati

Ibu kepada gadis berkulit hitam manis ini juga turut mengatakan dia menerima kesilapan yang dilakukan anaknya itu. Dia juga memberitahu akan sentiasa berada di samping Haneesya  untuk membimbingnya.
SHE STILL NEED ME!! Its ok la.. mistake happen n hope u will learn ur lesson.. mommy control dulu supaya tak jadi huru hara cam sekarang!!..
TAK PA SELAGI MOMMY HIDUP MOMMY AKAN TERUS GUIDE U.. Moga kesilapan ini jadikan you lebih berhati hati dalam hidup. Tq Allah menegur kesalahan anakku pada peringkat awal.. moga kau permudahkan ujian pada anakku aamin.

Netizen minta gelaran juara ditarik balik 



Netizen rata-ratanya bersuara dan mendesak gelaran Haneesya Hanee sebagai juara Dewi Remaja ditarik balik kerana dirasakan tidak memberi contoh yang baik kepada masyarakat.

Sumber : mstar

No comments

Powered by Blogger.
a