Header Ads

(VIDEO) Viral Posmen Hantar Bungkusan Masa Pengantin Tengah Sibuk Bersanding, Ini Respon Pengantin Lelaki...



Sedang asyik bergaya untuk merakamkan memori indah pada majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu menerima kehadiran posmen untuk meminta tanda tangan bagi penyerahan bungkusan pos laju.
Pengalaman unik itu dialami Nur Syafini Afni Mohd Yatim, 25, dalam majlis akad nikah bersama pasangannya, Mohamad Khairul Adha Che Kamaruddin, 26, di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di Tumpat Sabtu lalu.
Nur Syafini berkata posmen itu hadir pada jam 12.30 tengah hari selepas hampir sejam majlis akad nikah.


Ketika sedang bergaya di pelamin mini untuk merakamkan gambar, saya didatangi posmen yang meminta tandatangan bagi bungkusan pos laju mengandungi tudung yang saya beli.


Saya langsung tidak menyangka tudung yang dibeli kira-kira seminggu sebelum ini akan tiba pada hari nikah kami malah saya hampir terlupa bahawa ada membuat pembelian tudung,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Detik manis itu dikongsi Nur Syafini menerusi akaun Twitter miliknya sehingga menjadi viral.


Bapa minta serahkan bungkusan pada pengantin sendiri
Nur Syafini berkata pada mulanya posmen itu menyerahkan bungkusan itu kepada bapanya untuk diserahkan kepadanya posmen itu dijemput naik ke rumah untuk menyerahkan sendiri.
Ketika menyerahkan bungkusan itu ke tangannya, Nur Syafini agak tercengang dan wajah posmen itu juga nampak malu-malu mungkin kerana tidak menyangka penerima bungkusan kali ini adalah pengantin.


Bila masa beli online ?
Menurut anak kedua dari lima beradik itu lagi suasana ketika itu agak gamat dengan ketawa sanak saudara termasuk suaminya yang memperli ‘bila masa pula beli online?’


Terima kasih abang posmen
Saya mengucapkan terima kasih kepada abang posmen itu dan ada menjemputnya makan dulu namun dia menolak secara baik sambil memberitahu masih banyak bungkusan yang perlu dia hantar dan bimbang tidak sempat dihantar.
Saya menghormati permintaannya menolak dan hanya sempat memberikan bunga telur dan cenderamata saja sambil turut merakamkan gambar kenangan,” katanya.


(VIDEO) Mencuit hati detik posmen beri parcel pada pengantin dan minta tandantangan



Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a