Header Ads

(VIRAL) Rentetan Isu Individu Menghina Yang Di Pertuan Agong, Akhirnya Dikenakan Tindakan




Pengumuman mengejut tentang Sultan Muhammad V ssebagai Yang Di Pertuan Agong yang berkuatkuasa serta merta pada 6 Januari 2019 (Ahad) mendatangkan tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Artikel berkaitan : Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V letak jawatan

Artikel berkaitan : (VIDEO) "Sila Duduk & Jangan Lari" - Ayat & Memori Paling Diingati oleh Rakyat Tentang Sultan Muhammad V sebagai Agong

Namun, lain pula terjadi apabila seorang individu meninggalkan komen sensitif dan menuduh baginda terlalu 'sibuk' dengan isteri baru dalam tafsiran bahasa yang boleh dikatakan biadap dan tidak menghormati Yang Di Pertuan Agong (YDPA).




Komen sensitif dan keterlaluan


"Too busy fornicating with his new bride" itu lah komen yang mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.






Mohon Maaf



Komen yang dibuat oleh individu itu mencetuskan ketidakpuas hati kepada banyak pihak dan dengan drastiknya telah tular di laman sosial, kemudian individu tersebut tampil memohon maaf kerana telah membuat komen biadap terhadap baginda YDPA. Dia turut menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya.




Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya

Baru reda isu pekerja Honda yang dipecat gara-gara mengeluarkan kata-kata tidak menjaga sensitiviti langsung pada bulan lalu, timbul pula komen ini berkenaan hinaan pada Agong. 

P/s : Berhati-hatilah sebelum meninggalkan komen atau mengeluarkan kata-kata di laman sosial sekarang. Tindakan segera diambil sekiranya keterlaluan.






Majikan ambil tindakan


Walaupun individu tersebut sudah membuat kenyataan memohon maaf, tetapi majikan ditempat individu itu bekerja mengenakan tindakan di atas kesalahan individu tersebut sebagai pekerjanya.

Menerusi laman Facebook Cisco ASEAN, syarikat tersebut mengesahkan individu tidak lagi berkhidmat bersama mereka.








Individu tersebut tidak lagi berkhidmat di syarikat

Terbaru hari ini, syarikat tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa si pelaku tidak lagi bekerja di syarikat itu dan meminta maaf.




"Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia. Kenyataan itu dibuat oleh pekerja secara peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco.
Kami sangat menyesal atas sebarang kesulitan dan meminta maaf. Pekerja tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan dia tidak lagi berkhidmat dengan syarikat ini".

Majikan kepada individu yang meninggalkan komen biadap itu berasa kesal atas apa yang terjadi dan memohon maaf. Tidak dinyatakan samada individu tersebut meletakkan jawatan atau dipecat


Sumber : Twitter , Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a