Header Ads

Anak yang tak pernah ditegur ibarat 'pelumba Ferrari tak pakai seat belt', - Nasihat buat para ibu bapa di luar sana






Pepatah ada mengatakan, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' dan 'sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan'. Kedua-dua pepatah ini sesuai untuk ibu bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak baik dari segi budi bahasa dan kelakuan sejak kecil lagi. Apabila anak-anak itu sudah dewasa, secara automatiknya mereka akan terpelihara dengan adab yang baik. 

Namun, kanak-kanak sekarang bukan seperti kanak-kanak dahulu. Sekali cakap, sudah dengar kata. Kanak-kanak sekarang, ramai yang terlalu disayangi oleh ibu bapa mereka sehinggakan tidak pernah dimarah atau ditegur ketika membuat kesalahan. Tahukah anda, para ibu bapa, anda mengundang bahaya kalau tak pernah tegur anak langsung!

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Taufik Razif menceritakan kisah dan peranan ibu bapa secara ringkas dan padat berkenaan kanak-kanak yang kurang adabnya terhadap orang sekeliling.

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat 'biadap'. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam " alaaa..biasa la budak-budak ".

Aduh! Parah!
Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

"Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) "

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.

Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seat belt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.


Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a