Header Ads

"Apa yang bestnya Blackpink ni ye?" - Abby Abadi Dakwa Imej Blackpink Terlampau Seksi, Hairan Konsert Tiada Bantahan


Kumpulan Wanita K-Pop terkenal seluruh dunia, Blackpink menggegarkan pentas Malaysia pada Jumaat lalu, dengan persembahan bertenaga untuk menghiburkan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan tarian seperti dalam muzik video lagunya. Pasti si penggemar K-Pop terpukau dengan persembahan malam itu dan difahamkan, seramai 8,000 peminat tegar kumpulan Blackpink ini telah membanjiri berserta sorakan dan jeritan pada konsert Blackpink yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sedang pengguna media sosial kecoh dengan kemeriahan konsert tersebut, selebriti Abby Abadi telah memuat naik satu status menerusi akaun Instagramnya dengan kenyataan agak panas. Abby mempertikaikan mengapa tiada bantahan ataupun protes yang dilakukan ke atas penganjuran Konsert artis terkenal korea tersebut sedangkan ahli kumpulan Blackpink mengenakan pakaian yang seksi sehinggakan didakwa hampir nampak yang tidak sepatutnya.



Status di muat naik Abby Abadi di akaun Intagramnya

Status yang di muat naik Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka berpendapat Abby tidak perlu terus mencari kesalahan serta mengkritik cara hidup orang lain sedangkan beliau sebelum ini juga mempunyai masa silam tersendiri.

'Antara yang terbodoh di kalangan yang terbodoh'






Sumber : Instagram 



No comments

Powered by Blogger.
a