Header Ads

Hebat! "Berhenti Merokok Demi Anak", Lelaki Ini Berjaya Simpan 'Duit Rokok' Hampir RM10,000 & Bawa Keluarga Pergi Melancong


Si perokok tegar pasti sukar untuk diberhentikan daripada habit tersebut akibat ketagihan. Namun, cuba anda bayangkan sekarang, duit yang anda habiskan buat beli kotak-kotak rokok itu, anda simpan selama setahun. Buat pengiraan sedikit dan berapa banyak agaknya jumlah kesemuanya?


Pasti mencecah ribuan ringgit, bukan?

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi tentang niatnya dan mengambil keputusan untuk berhenti merokok selepas kelahiran anak pertamanya. Difahamkan, kejadian berlaku di Taiwan. Beliau menceritakan secara terperinci tentang bagaimana beliau 'mampu' untuk berhenti merokok dan menyimpan duit rokok tersebut untuk membawa keluarganya pergi melancong.

Berkorban demi anak

Menurutnya, keputusan itu dibuat berkorban demi anaknya untuk memberikan persekitaran yang baik buat anaknya dan menjadikan dirinya lebih sihat.

"Saya mula meletakkan semua wang yang sepatutnya saya gunakan untuk rokok ke dalam sebuah kotak. Saya akan letak TWD50 (kira-kira RM6.60) ke dalam kotak setiap kali saya ingin membeli rokok. Akhirnya, menabung TWD50 ke dalam kotak sudah menjadi tabiat(rutin)," tulisnya seperti yang dilapor China Press.

Sehingga kini, lelaki berkenaan berjaya menyimpan sekitar TWD60,000 hingga TWD80,000 (RM8,000 hingga RM10,000)


Bawa isteri dan anak melancong ke luar negara

Bukan sekadar hidup lebih sihat, dia dapat menggunakan wang tersebut dengan berpeluang membawa isteri dan anaknya bercuti ke luar negara.



Dia juga berkata bahawa sekiranya dia tidak menyimpan semua wang tersebut, dia tetap gembira kerana menjalani gaya hidup sihat.

"Sudah lama saya tidak merokok malah sekarang, apabila saya terhidu asap rokok, saya akan pergi jauh dari situ," tulisnya lagi.

Sumber : China Press

No comments

Powered by Blogger.
a