Header Ads

Di Sebalik 'Ah, kucing biasa makan tulang ikan..', Inilah Yang Bakal Menimpa Kucing Tersebut.......


Isu hangat diperkatakan dalam kalangan netizen sejak perkongsian mengenai kucing tercekik tulang ikan tular di media sosial.

"STOP bagi kucing makan tulang ikan!!! Tulang boleh tersangkut di gigi, gusi, lelangit dan tekak kucing.
Tercekik tulang ikan amat berisiko kerana boleh menyebabkan kebocoran pada usus, terkena jangkitan atau masalah pernafasan".

Inilah antara reaksi daripada netizen yang melihat nasib kucing-kucing malang disebabkan manusia yang tidak berhati perut.

Jika anda biasa beri kucing makan tulang ikan, hentikan! Dan sila baca artikel penuh di bawah ini.


Selalu orang beri tulang ikan kepada kucing dengan alasan, "Ah, kucing biasa makan tulang ikan". Biasa? Mereka bukannya biasa makan tulang ikan, tetapi tiada pilihan.

Terdapat satu perkongsian di laman Facebook dengan berkata, "Sebab itu kucing mati perlahan-lahan. Mati akibat tersedak tulang ikan. Kasihanilah dengan makhluk ini, jangan beri tulang ikan lagi,"


Dr. Salehatul
Seorang doktor veterinar mendedahkan beberapa kes diterima setakat ini, tetapi Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali menjelaskan memakan tulang amat berisiko.
"Apa yang mengejutkan adalah kucing-kucing ini ada pemilik yang masih memberi tulang ikan sebagai makanan kepada kucing peliharaan mereka.

"Mereka mengaku beri ikan seekor untuk kucing makan. Tapi isi dan tulangnya diasingkan, jadi ada kebarangkalian kucing tercekik tulang", katanya kepada mstar online.

Dr Salehatul yang berpengalaman dalam bidang veterinar selama 10 tahun memberitahu alasan yang diberikan pemilik kucing adalah haiwan peliharaan mereka sebelum ini "dah biasa makan" dan tidak pernah tercekik apabila memakannya.


Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, tercekik tulang ikan amat berisiko terutama ia boleh menyebabkan berlaku kebocoran pada usus, terkena jangkitan atau mengalami masalah pernafasan.

"Kalau tersangkut dalam mulut tu masih boleh keluarkan, tapi boleh membawa maut sekiranya berlaku kebocoran pada usus, terutamanya apabila tulang yang tersangkut tu dalam kedudukan melintang.

"Tapi, kucing masih boleh diselamatkan sekiranya keadaaan tidak terlalu teruk dan segera diberikan rawatan menerusi pembedahan,"katanya yang mengusahakan klinik veterinar di Kota Kemuning, Shah Alam sejak lima tahun lalu.

Tambah lagi. Ketua Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Chen Hui Cheng pula menasihatkan orang ramai terutama pemilik kucing agar mengambil serius terhadap pemakanan kucing yang lebih berkhasiat dan seimbang, termasuk pengurusannya.

Beliau berkata, isi dan tulang perlu diasingkan meskipun terdapa kucing yang dikatakan mengasingkannya sendiri kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Mengenai kaedah merebus dikatakan melembutkan tulang ikan, Dr Hui Cheng menjelaskan bahawa ia masih memberi risiko kepada kucing.

Beliau yang berpengalaman di UPM selama lebih 20 tahun memberitahu tulang ikan mempunyai sumber kalsium untuk kucing tetapi memandangkan ia berisiko, haiwan tersebut perlu diberikan sumber alternatif.

"Kalau hanya beri isi ikan saja dikhuatiri tak cukup kalsium. Tapi beri tulang ikan juga berisiko. Oleh itu, sebagai alternatif, beri kalsium boleh didapati menerusi makanan tambahan seperti biskut kucing dan makanan kucing dalam tin yang dijual di pasaran.

"Sebagai pemilik kucing, kita bukan sekadar beri makan dan minum saja, tetapi perlu memastikan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat."ujar Dr Hui Cheng.

Sumber : Facebook , mstar

No comments

Powered by Blogger.
a