Header Ads

Diejek 'monyet' oleh rakan-rakan, remaja menghidap 'Sindrom Werewolf' ditumbuhi bulu di muka dan badan cerita pengalaman sedih


Cahaya mata kurniaan Tuhan adalah tidak ternilai. Namun, tidak semua ibu bapa dikurniakan zuriat yang normal. Namun, itu adalah pemberian dari-Nya yang kita perlu rasa syukur. Semua itu adalah ujian dan menguji betapa tingginya nilai kesabaran.


Diejek monyet 

Seorang bayi lelaki yang sangat ditunggu-tunggu kelahirannya oleh kedua ibu bapa yang begitu mengharapkan seorang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Tuhan. Kini dia sudah bergelar remaja, 13 tahun dan menderita apabila sering diejek dan dibuli oleh rakan lain dengan memanggilnya 'monyet' akibat daripada Sindrom Werewolf atau Hypertrichosis di mana keadaan seseorang itu ditumbuhi rambut dengan cepat dan berlebihan di seluruh tubuh dan  termasuklah di kawasan muka.


Lalit bersama kedua ibu bapanya

Dia seperti manusia biasa juga dan mempunyai perasaan untuk mempunyai kawan-kawan.



Sindrom Werewolf atau Hypertrichosis sejak lahir

Lalit ketika masih bayi bersama kakaknya

Lalit Patidar, 13, berasal daripada India, telah dilahirkan mempunyai Hypertrichosis sejak kecil lagi. Keadaannya lain daripada manusia lain kerana pertumbuhan bulu seakan-akan rambut di kawasan muka, lengan dan beberapa bahagian badan yang lain.

Dia bahagia di sisi keluarganya dan melalui kehidupan yang gembira serta mempunyai cita-cita sebagai seorang pegawai polis untuk untuk menyara keluarganya.

"Saya dilahirkan dengan terlalu banyak bulu di muka dan membuatkan saya nampak lain dari manusia biasa" kata Lalit.

"Kadang-kadang saya berharap untuk menjadi seperti kanak-kanak dan remaja lain, tetapi saya tidak boleh.

"Saya menjadi diri saya sendiri dan saya selesa."

Parvatibai Patidar, ibu kepada remaja itu yang berusia 42 tahun adalah seorang suri rumah yang menjaga 14 orang ahli keluarga, termasuklah 5 orang kakak Lalit dan kedua atuk dan neneknya.


Lalit bersama 4 orang adik-beradiknya

Dia sangat terkejut apabila melihat bayi lelakinya itu diselaputi banyak bulu semasa melahirkan.


Pelik bayi berbulu lebat selepas melahirkan

Parvatibai berkata, "Selepas satu jam setengah Lalit dilahirkan, saya begitu pelik melihat badannya diselaputi dengan jumlah bulu yang luar biasa."

"Kami segera meminta pakar pediatrik untuk memeriksa bayi lelaki ini untuk mengurangkan bulu-bulu berlebihan di badannya dan mereka mengatakan yang tiada ubat untuk masalah itu."


Mengalami masalah penafasan dan penglihatan

Walaupun terbiasa dengan keadaannya, Lalit sering mengalami hari-hari buruk apabila disebabkan oleh rambut yang berlebihan, dia menghadapi kesukaran bernafas dan melihat. Ibu bapanya telah mencuba beberapa rawatan tanpa kejayaan.

Ayah Lalit, seorang petani berusia 45 tahun, Bankatlal Patidar, berkata: "Ketika Lalit berumur dua tahun, saya membawa Lalit ke sebuah hospital besar di Baroda untuk diperiksa.

"Selepas memeriksa dia, mereka memberitahu saya bahawa tidak ada ubat untuk merawatnya dan jika mereka mencari ubat, mereka akan memaklumkan saya."

Lalit kerap kali diejek dan ditenung di khalayak ramai, terutama ketika di luar kampung asalnya.


Dibaling batu 

"Kadang kala saya keluar di sebuah bandar yang sibuk, orang datang dan menatap saya. Ada juga yang memanggil saya monyet, "katanya.

"Ada kalanya kanak-kanak lain membaling batu pada saya.

"Mujur ada keluarga dan kawan datang untuk menyelamatkan saya dan mempertahankan saya semasa kejadian seperti itu."


Ingin jalani pembedahan

Beliau menambah: "Kadang-kadang saya ingin menjalani pembedahan untuk menghilangkan rambut yang berlebihan kerana saya mahu mempunyai kawan-kawan dan bermain dengan mereka.

"Jika saya tidak mempunyai bulu seperti ini semua akan menjadi baik-baik saja, tidak ada yang akan membuli saya."

Di sekolah, Lalit adalah pelajar di atas dan aktif dalam sukan.

Rakan sekelas iaitu Dilip Rathore berkata dia "terkejut dan takut" ketika dia pertama kali berjumpa dengannya tetapi sekarang mereka adalah kawan baik.


Lalit dan rakan baiknya, Dilip Rathore

Rakan-rakan terima dengan baik 

Guru Besarnya, Babulal Makwana menambah: "Lalit telah menjadi pelajar saya selama dua tahun yang lalu. Dia baik dalam pelajaran dan cemerlang dalam sukan.




"Dia sangat popular di kelasnya dan semua orang suka kepadanya."

Beliau menambah: "Pada mulanya apabila dia datang ke sekolah saya, orang ramai terkejut tetapi sekarang semua orang biasa kepadanya dan tiada siapa memperlakukannya secara berbeza."

Sumber : Mirror

No comments

Powered by Blogger.
a