Header Ads

'I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang' - Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Bella Astillah

Pelakon yang dikaitkan menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Oktovia Manrose, 26, mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada isteri aktor berkenaan, Bella Astillah.

Oktovia berkata, perkara yang dilakukan adalah perbuatan salah kerana dia tidak patut keluar dengan suami orang atau mengeluarkan apa-apa kenyataan.

"(Ini) Hari bersejarah saya...Tak pernah terfikir dan rancang semua ini berlaku. Tapi ini berlaku. Saya sedar ini kekhilafan diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari daripada membuat silap.

Kepada @bellaastillah (Bella), saya tak nak menegakkan benang yang basah. Saya minta maaf dengan apa yang sudah berlaku. Apa yang sudah berlaku memang sangat salah.

“Saya mengaku tak patut keluar dengan suami orang. Saya tak patut keluarkan kenyataan apa-apa pun sebab sudah terang saya yang salah,” luahnya melalui catatan Instagram Story (IG), tengah malam tadi.


Pengakuan dan permohonan maaf dari Oktovia, malam tadi, kepada Bella melalui Insta Story nya.

Semalam, Bella mendedahkan sikap suaminya yang didakwa menjalin cinta lokasi dengan pelakon baharu itu ketika menjalani penggambaran telefilem.


Bella mendakwa mempunyai bukti Oktovia dan Aliff berhibur di sebuah pusat hiburan selain berkongsi paparan perbualan WhatsApp dengan sumber mengenai hal terbabit.


Antara dm dari Instagram yang diterima Bella dari sumber yang tidak dipamerkan namanya.

Oktovia yang juga ibu tunggal anak satu, turut menjelaskan dia mengeluarkan kenyataan berhubung rumah tangga Bella disebabkan terkejut dengan kecaman netizen.


Oktovia seorang ibu tunggal dan anak lelakinya
Kenapa tadi saya jawab macam itu kerana terkejut dengan netizen sampai buat saya melantun. Ia menyakitkan tapi saya memang layak menerimanya.

“Saya tak patut masuk campur urusan atau cerita pasal hal rumah tangga awak," katanya yang berharap masalah antara Bella dan Aliff diselesaikan secara baik.

Sumber : Bella Astillah, Oktovia Manrose

No comments

Powered by Blogger.
a