Header Ads

"Menyemak menyusahkan orang lalu lalang" - Netizen kecam ramai penumpang tunaikan solat subuh dalam Komuter pagi tadi


Solat itu tiang agama. Wajib dilakukan oleh umat Islam tidak kira dimana jua berada. Bukanlah penghalang untuk mendirikan solat walau apa jua keadaan, termasuklah di dalam kenderaan. Islam sudah memberikan kemudahan dan Islam itu mudah. Praktikkan dan jangan sampai menanggung dosa besar kerana meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan.  




Suasana yang sempat dirakam pagi tadi
Inilah suasana di komuter pagi tadi melihatkan para lelaki menunaikan solat subuh dan mendapat perhatian netizen apabila salah seorang pengguna Facebook memuat naik status gambar keadaan di dalam komuter. Netizen ada yang mengatakan kerana masuk waktu solat subuh agak lewat di ketika ini, jadi mereka tidak sempat untuk menunggu solat di rumah. Oleh sebab itu, mereka menunaikan kewajipan di dalam komuter bersama-sama.
Perkongsian ini daripada saudari Aja Dnora Tahir yang memuat naik di laman Facebook miliknya dan menjadi viral ketika ini.
Namun ada sesetengah pihak mengecam tindakan lelaki-lelaki muslim ini kerana dianggap menyulitkan orang lalu lalang. Tetapi rata-rata netizen menyokong tindakan para lelaki Muslim di dalam gambar tersebut kerana menjalankan kewajipan agama walau di mana mereka berada kerana hanya 5 minit sahaja diperlukan dan bukanlah dalam tempoh masa yang lama.

Ada yang mempertikai mengapa solat tidak dilakukan di surau yang disediakan di perhentian komuter. Ada yang menjawab, komuter ambil masa untuk sampai dan apabila sampai di destinasi perhentian mungkin pada jam 8.00 pagi kemungkinan waktu solat subuh sudah habis. Oleh itu, mereka menunaikan kewajipan di dalam komuter sahaja sebelum waktu solat tamat.

Respon Netizen











Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a