Header Ads

Isteri tuntut cerai kerana suami terlupa belikan 'burger', Ini teguran dari peguam...


Perkahwinan akan menjadi indah jika kedua pasangan semai perasaan saling memaafkan dan saling meminta maaf. Tidak kira punya masalah atas tidak, para suami isteri boleh mengamalkannya setiap hari untuk cetuskan rasa menghargai antara satu sama lain. 

Jika pasangan yang punya masalah adalah penting untuk amalkan sikap ini. Sikap sabar, toleransi dan berbincang adalah penting mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku dalam rumah tangga.


Seorang isteri telah memfailkan cerai selepas suaminya terlupa untuk membeli makan malam. Menurut laporan Al Bayan, kejadian berlaku di Abu Dhabi dan difahamkan bahawa permulaan cerita apabila si isteri keseorangan di rumah manakala suaminya pergi keluar bersama rakan-rakan.

Kirim suami belikan 'burger'

Semasa si isteri tinggal berseorangan, dia telah mengirim suaminya untuk membelikan burger sebagai hidangan makan malam untuk dirinya dari sebuah kedai francais makanan apabila si suami pulang ke rumah nanti. 

Apabila si suami sibuk meluangkan masa dengan rakan-rakan lain, dia kemudiannya terlupa untuk mengambil pesanan burger yang dikirim oleh isterinya itu.

Terlupa beli 'burger' untuk isteri

Apabila si suami tiba di rumah pada pukul 3.00 pagi tanpa membawa burger yang telah dipesan oleh si isteri, satu pergaduhan berlaku antara sepasang suami isteri tersebut hingga si isteri keluar dari rumah.

Menurut peguam Hasan Al-Mazrooqi, sesetengah pasangan perlu diberikan didikan untuk bersikap realistik dalam sebuah perkahwinan.

Menjadi seseorang yang realistik dapat menyelamatkan manusia daripada pergi ke mahkamah untuk menamatkan rasa tidak puas hati dalam hal rumah tangga.

"Undang-undang menetapkan bahawa jika tidak ada kemudaratan peribadi, pasangan akan dirujuk kepada hakim yang akan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah. Jika isteri tetap mahu bercerai, mas kahwin perkahwinan akan dibatalkan".

Sumber : Khaleej Times

No comments

Powered by Blogger.
a