Header Ads

'Awas! Jika Air Kencing Anda Pekat, Berbau & Berbuih' - Elak Serangan Strok Haba , KKM Kongsi 7 Petua Kekal Sihat Di Musim Panas


Kini, rata-rata tempat di Malaysia mengalami cuaca panas terik. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengekalkan kesihatan diri anda dan elak daripada kekurangan air dalam badan yang boleh mengakibatkan anda jatuh sakit. 
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cuaca panas yang melanda negara ketika ini adalah disebabkan oleh gelombang haba dan ia fenomena biasa yang berlaku apabila tiba penghujung Monsun Timur Laut. Ia di jangka berterusan sehingga akhir Mac atau Mei.
10 tempat dalam keadaan berjaga-jaga atau kategori tahap satu kerana catat suhu antara 35 hingga cecah maksimum 37'C selama 3 hari berturut-turut.
Cuaca panas paling dirasai oleh penduduk di negeri-negeri di Utara Semenanjung. Semalam, Langkawi mencatat suhu paling tinggi 36'C.
Walaupun fenomena biasa, kita perlu ambil langkah-langkah pencegahan kerana pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menjejaskan kesihatan termasuk serangan Strok Haba.

KKM berkongsi 7 Petua Kekal Sihat Di Musim Panas yang boleh anda ikut, iaitu:

1) Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal

2) Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar

3) Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula

4) Guna kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan

5) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar

6) Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa

7) Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan

No comments

Powered by Blogger.
a