Header Ads

"Kalau anda ghairah tengok foto saya, tolong kawal nafsu anda", - Gadis dituduh pelacur berbayar, gambarnya dicuri oleh cikgu sekolah & disebar di group porno





Zaman media sosial kini rata-ratanya ada keinginan yang tinggi untuk berkongsi aktiviti kehidupan seharian di media sosial. Namun, pernah anda terfikir sekiranya gambar atau video yang anda muat naik di akaun laman sosial mempunyai potensi untuk disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ? Berpada-padalah dalam berkongsi gambar pada umum dan pastikan anda bersedia untuk tanggung risiko yang tidak diingini kelak.

Seorang gadis berasa sangat marah dan terkejut kerana beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di media sosial 'dicuri', kemudian disebarkan oleh seorang lelaki di dalam group pornografi di aplikasi Telegram.



Lelaki curi gambar merupakan seorang guru sekolah

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut didakwa berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur telah menggunakan gambar mangsa dan mendakwa mangsa sebagai pelacur dalam group telegram tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Serena Ngu Qian Xing berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh rakan lelakinya yang turut mengikuti group telegram.

"Tiba-tiba kawan saya mesej beritahu dia nampak gambar saya dekat group tersebut. Lelaki itu mendakwa saya sebagai pelacur berbayar.

"Saya terkejut dan marah. Saya segera minta link group itu daripada kawan saya. Kemudian, saya join dan memang betul gambar saya ada di dalamnya.

"Saya terus maki dalam group tersebut. Lelaki tersebut block saya serta-merta tapi group admin itu DM saya dan beritahu dia dah buang semua gambar saya.

Posting Serena viral di Twitter pada 5 Februari lalu.

"Serena terlalu marah dan bertindak memuat naik paparan skrin posting guru terbabit dalam group Telegram di laman Twitternya.


Beberapa orang pelajar pernah menjadi 'mangsa' kepada guru gatal

Serena mengakui dia hanya ingin melepaskan geram dengan tindakannya itu tetapi tidaklah untuk mendapatkan perhatian ramai. Tanpa disangka-sangka status yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan dia mendapat DM daripada pelajar dan bekas pelajar cikgu tersebut.

Mereka memberitahu cikgu tersebut memang gatal dan ada yang mendakwa pernah disentuh secara sengaja dan diajak keluar.


Pernah menerima DM dari guru gatal

Serena mengakui pernah menerima DM daripada cikgu tersebut dan dia tidak reply kerana langsung tidak mengenalinya. Cikgu gatal tersebut juga follow Serena di Instagram dan ini juga baru disedari sejak kejadian itu berlaku.

Mesej diterima Serena daripada mangsa yang pernah diganggu guru tersebut.

Serena
Serena membuat laporan polis pada 7 Februari lalu kerana dia berasa terancam.

"Kalau ada apa-apa terjadi dekat sekolah atau di mana sahaja, jangan hanya berdiam diri. Tampil pertahankan diri anda.


Kita ada hak nak post apa pada laman sosial kita

"Kita ada hak nak pakai baju macam mana dan kita juga ada hak untuk post gambar sebab akaun (media sosial) itu atas nama kita.

"Kalau anda ghairah tengok foto saya, tolong kawal nafsu anda. Segalanya bermula dengan pemikiran anda". katanya.

Sumber : mstar

No comments

Powered by Blogger.
a