Header Ads

Kereta Paling Mewah & Termahal Di Dunia



Sekiranya anda orang bertuah yang tak tahu nak buat apa dengan duit, apa salahnya laburkan duit untuk memiliki kereta dengan lampu berasaskan berlian atau terdapat paparan hologram? Berikut adalah beberapa kereta ekslusif dan termahal yang terdapat di pasaran.

*harga tertakluk semasa pelancaran.

1.ROLLS-ROYCE SWEPTAIL

Harga : $13 million
Enjin : 6.75-liter V-12
Kelajuan Kuasakuda : 453 HP
0-60 mph: 5.6 saat
Kereta ini telah disesuaikan untuk memuatkan dua penumpang dengan bumbung yang diperbuat dari kaca. Mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan. Rekaan kereta ini diinspirasikan oleh ikon jenama tersebut.


2.KOENIGSEGG CCXR TREVITA

Harga : $4.8 million
Enjin : 4.7-liter V-8
Kelajuan kuasa kuda : 1,018 HP
6-60 mph : 2.9 saat

Kereta buatan tangan ini adalah sangat limited- hanya dua buah dihasilkan, warna perak seakan-akan putih adalah hasil yang unik selepas disaluti dengan cairan fiber. Ciri-ciri rekaan kereta tersebut adalah sebagai  simbolik syarikat iaitu badan kereta berasaskan karbon yang dapat dilihat, sepasang sayap berasaskan karbon dan hiasan dalaman dari kulit berkualiti tinggi.


3.LAMBORGHINI VENENO ROADSTER

Harga : $4.5 million
Enjin : 6.5-liter V-12
Kelajuan Kuasa Kuda : 750 HP
0-60 mph : 2.9 saat.

Pengudaraan terbuka kereta ini telah menjadikan ia pelumba yang terbaik dengan adanya optimum aero-dinamik dan dapat membelok secara stabil. Hanya terdapat sembilan unit di dunia, yang menawarkan paten seperti “forged composite” dan “Carbonskin”.


4.MCLAREN P1 LM

Harga : sekitar $3.7million
Enjin : 3.8 liter V-8
Kelajuan Kuasakuda : 986 HP
0-60 mph: 2.4 saat

Inpirasi oleh P1 GTR- kereta McLaren yang terbaik sepanjang pengeluarannya- LM mempunyai atap berasaskan karbon sepenuhnya,tingkap poly-carbonate, bolts dari titanium dan tempat duduk yang ringan menjadikan kereta tersebut ringan dan pantas.


5.LYKAN HYPERSPORT

Harga : $3.4 million
Enjin : 3.7 liter flat-six
Kelajuan Kuasakuda : 780 HP
0-60 mph : 2.8 saat

Supercar pertama dari Arab, Hypersport terdiri dari 200 berlian dan beberapa lagi batu berharga di sekeliling lampu “headlights”. Badan kereta tersebut berasaskan komposit karbon dan mempunyai paparan holographic mid-air sistem untuk mengawal kereta tersebut.


6.ASTON MARTIN VALKYRIE

Harga : $3.2 million
Enjin : 6.5-liter V-12
Kelajuan Kuasa Kuda: 1,130HP
0-60 mph: 2.5 saat

“Road ready hyper-car” dihasilkan bersama dengan Red Bull Racing. Struktur yang diperbuat dari karbon jenis ringan ini adalah mimik kepada kereta Formula 1 dengan tempat duduk pemandu dan penumpang yang perlu baring. Pengeluarannya juga amatlah terhad iaitu hanya 150 biji kereta sahaja dihasilkan.


7.FERRARI PININFARINA SERGIO

Harga : $3 million
Enjin : 4.5 liter V8
Kelajuan Kuasa Kuda : 596 HP
0-60 mph : 3.0 Saat

Nama berasal dari pereka kereta Sergio Pininfarina, konsep kereta diubah suai memuatkan dua penumpang mengikut Ferrari 458 Spider. Hanya 6 unit telah dihasilkan.


8.BUGATTI CHIRON

Harga : $2.9 million
Enjin : 8-liter W-16
Kelajuan Kuasa Kuda : 1,500 HP
0-60 mph : 2.5 saat

Kereta sport terpantas Bugatti, Chiron adalah keluaran esklusif dan penciptaannya adalah demand dari pelanggan. Pengeluaran terhad sebanyak 500 unit.


9.FERRARI F60 AMERICA

Harga : $2.5 million
Enjin : 6.2 liter V12
Kelajuan Kuasa Kuda : 740 HP
0-60 mph : 3.1 saat

Sempena ulangtahunnya ke 60-tahun brand Ferrari di Utara Amerika, Ferrari hanya menghasilkan 10 model untuk pertunjukkan, dan ia adalah diinpirasikan sempena legend F12 Berlinetta, dengan tanda jalur vintage, dilengkapi dengan atap yang ringan dan boleh mencapai kelajuan sehingga 75 mph (121kph).


10.MANSORY LINEA VIVERE

Harga : $2.3-2.45 million(2016)
Enjin : 8.0 liter W16
Kelajuan kuasa kuda : Over 1,200 HP
0-60 mph :2.5 saat

Mansory di ubah suai seperti Bugatti Veyrons, digelar Linea Vivere. Direka dengan warna putih matte dan fiber-karbon, design bumbung terkini dan pedal berasaskan aluminium.

No comments

Powered by Blogger.
a