Header Ads

Kisah askar Jepun menyorok dalam gua selama 27 tahun, sebelum dijumpai pada tahun 1972


Kisah Seorang Askar Jepun menyembunyikan diri selama 27 tahun sebelum dijumpai pada tahun 1972 di sebuah gua.


Pada 24 Januari 1972, dua orang pemburu terserempak dengan seorang lelaki yang menahan ikan di sungai berhampiran dengan air terjun Talofofo di Guam. lelaki tersebut kemudian dikenali sebagai Shoichi Yokoi, seorang askar Jepun yang dipercayai telah tinggal di dalam gua sejak Perang Dunia Kedua.


Yokoi dipercayai bersembunyi ketika serangan dari US keatas Guam pada 1944 dan tidak menyerah diri. Dia kemudian dihantar pulang ke Jepun pada Februari 1972. Pada tahun 1941 Shoichi Yokoi berusia 26 tahun ketika itu telah dilantik menjadi anggota tentera Jepun.


Ketika itu, tentera di ajar untuk bertahan walau apa besar kemungkinan yang mungkin terjadi - jadi semasa US menyerang Jepun pada tahun 1944, Yokoi telah lari dan bersembunyi di dalam hutan.


Dia telah menggali gua berdekatan dengan air terjun, menutupinya dengan buluh, dan berjaya bertahan dari dimakan oleh binatang buas. Mulanya dia hampir tidak percaya apabila dijumpai pada 24 Januari 1972 oleh dua pemburu berdekatan dengan sungai  selepas hampir berpuluh tahun.


Dia turut menyerang pemburu tersebut, namun dia tewas dan akhirnya telah mendedahkan cerita anehnya pada pihak berkuasa.


Yokoi telah dirawat di hospital di Guam sebelum dihantar kerumahnya di Jepun, sejak 1941 tidak pulang. Semasa  serangan US, dia dan beberapa lagi tentera lain turut ke hutan untuk lari dari ditangkap dan menjadi tawanan perang.


Kerajaan Jepun terus menghantar bantuan ke pulau tersebut untuk membantu tentera tersebut yang hampir 30 tahun tidak pulang ke tanah air. Ketika di hutan dia telah makan katak, tikus dan belut begitu juga buah-buahan dan kekacang.

Setibanya di Tokyo pada Februari 1972, lebih kurang 5000 orang menyambut kepulangannya. Walaupun telah kembali ke Jepun, dia telah ke Guam beberapa kali sebagai peringatan yang di dalam hidupnya, termasuk percutian berbulan madunya. Menurut ahli keluarganya, Yokoi agak susah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di Jepun 

Yokoi merupakan tukang jahit sebelum peperangan, jadi kemahiran tersebut telah digunakan untuk menyediakan tempat berlindung,dan juga pakaian. Gua yang dibina dipercayai telah roboh, rajah di atas menunjukkan serba sedikit bagaimana ia dibina.

Sumber : msn news

No comments

Powered by Blogger.
a