Header Ads

"Leka dengan senyuman & cara beliau bercakap" - Staf Di Kaunter 26 JPN Putrajaya Ramai Puji & Netizen Minta Penjawat Awam Lain Dapat Contohi Kerana Servis A+++!


Baru-baru ini kecoh dengan lelaki mengamuk di kaunter kerana tidak mendapat layanan baik dari pegawai yang menjaga kaunter yang didakwa kaunter milik sebuah jabatan kerajaan yang belum dikenal pasti. Sehinggakan pelbagai spekulasi timbul tentang etika kerja pekerja kerajaan yang tidak memuaskan. Sehingga kini, belum ada informasi di jabatan kerajaan mana kejadian itu berlaku.
Hari ini, seorang wanita luah rasa kagum dan bersenang hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberi oleh pekerja wanita yang menjaga kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sewaktu dia menjadi pelanggan di situ. Dia sangat berpuas hati dan memuji pekerja tersebut.

Baca cerita penuh di bawah.

Beberapa hari lepas saya dan suami ke JPN, Putrajaya untuk menukar kad pengenalan. Manalah tau lepas tukar kad pengenalan boleh jadi muda pulak kan 😜.

Anyway macam biasa ambil no. Lepas tu dipanggil untuk pengesahan kad sedia ada dan isi borang tukar alamat. Lepas tu tunggu gambar diambil. Saya ni cantik kurus dan bersopan santun kan. Maka gambar saya senanglah nak amik 😬

Lepas dah amik gambar, kena tunggu untuk ambil IC baru.

Tak sampai 40 minit dah siap

Sambil tunggu tu saya dan suami berbual mengenai layanan kaunter. Layanan kaunter sangat baik dan mengkagumkan.

Dari proses mengambil no sehingga IC siap hanyalah mengambil masa kurang daripada 40 minit. MasyaAllah.

Suka dengan cara sambut pelanggan, senyuman diberikan, butir kata sangat mengagumkan

Dan wargakerja kaunter 26 ini, membuatkan hati saya berbunga. Cara beliau menyambut pelanggan, senyuman beliau dan setiap butir kata yang mesra sangat mengkagumkan.
Menurut suami saya, cara layanan ini setaraf dengan cara layanan yang beliau dapat sewaktu tinggal di US dahulu.
Cik Puan ini memang hebat! Tahniah kepada JPN, Putrajaya.
Lantas,netizen juga mempunyai pandangan yang sama dengan wanita ini menerusi komen yang ditinggalkan pada status yang dimuat naik.





Apabila status ini tular di media sosial, pegawai yang menyenangkan hati pelanggan ini respon di ruangan komen status ini dengan ucapan sangat gembira siberi penghormatan sebegitu. Beliau adalah Cik Shemlah Grace bertugas sebagai kakitangan Unit Perkhidmatan Kaunter (Serahan) Bahagian Kad Pengenalan JPN.

Dengan kuasa viral, status ini telah mendapat perhatian dan diberi penghargaan daripada Kelab Bahagian Kad Pengenalan JPNM Putrajaya. Amalan Cik Shemlah ini seharusnya dijadikan contoh oleh semua penjawat awam.

Sumber : Facebook Normaliza Mahadi

No comments

Powered by Blogger.
a