Header Ads

Pelajar didenda jika berat badan naik

Gambar Sekadar Hiasan

Sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China mengenakan denda berlari setiap hari terhadap pelajarnya sekiranya berat badan mereka didapati naik selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.
  SEORANG pelajar sekolah menimbang berat badan sebelum cuti Tahun Baru Cina bermula. - FOTO China post. 
South China Morning Post melaporkan, idea itu bermula dari seorang guru dengan tujuan untuk memberi kesedaran terhadap pelajar sekolah terbabit mengenai pentingnya menjaga kesihatan badan.
“Baru-baru ini saya berjalan di pusat beli-belah bersama rakan dan ternampak alat penimbang berat. Ia memberi idea kepada saya supaya setiap pelajar ditimbang berat sebelum musim perayaan.
“Ini bertujuan memberi kesedaran kepada mereka mengenai risikonya jika berat badan bertambah,” kata guru Sekolah Menengah Hangzhou Ketiga, Chen Wei.
Dua pelajar berusia 13 dan 14 tahun turut menimbang berat badan masing-masing Isnin lalu sebelum bercuti panjang.
Sekiranya berat mereka naik 2 kilogram, pelajar terbabit akan didenda dengan berlari setiap hari sehingga penggal berikutnya.
Bagaimanapun, langkah sekolah itu menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial dan tidak kurang juga ada yang memuji.
China berdepan dengan masalah obesiti di sekolah dan mempunyai bilangan kanak-kanak gemuk paling ramai di dunia.

Satu kajian pada 2017 mendapati bilangan itu boleh mencecah 50 juta orang menjelang 2030.
Pakar mendapati masalah itu berpunca daripada pengambilan terlalu banyak makanan proses dalam kalangan kanak-kanak selain tekanan dalam akademik menyebabkan mereka jarang melakukan aktiviti luar.
Sumber : Agensi 

No comments

Powered by Blogger.
a