Header Ads

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Dipermudahkan


Seperti yang semua maklum, Bantuan Sara Hidup (BSH) Bujang 2019 sebanyak RM100 telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan BSH Bujang akan dibayar terus ke akaun penerima pada penghujung Mac nanti. Pembayaran melibatkan penerima kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

Pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga untuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.

Terbaru, di akaun Twitter Kementerian Kewangan, status di muat naik berkenaan kaedah pendaftaran Bantuan Sara Hidup dipermudahkan. Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa lebih daripada 900,000 permohonan telah diterima sejak kemaskini BSH 2019 boleh dibuat bermula 1 Februari lepas yang akan berakhir pada 15 Mac ini.

Melalui kenyataan tersebut, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa:
1. Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;
2. Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mans must naik dokumen bukan lagi syarat wajib, dan
3. Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.





No comments

Powered by Blogger.
a