Header Ads

(GAMBAR) Respon Datuk Seri Siti Nurhaliza tentang pakaian sewaktu #KonsertSitiNurhalizaOnTour yang dikritik netizen


‘Asalkan selesa, buat apa pakai baju terlalu ketat tetapi tak yakin menyanyi dengan baik?’

Begitu reaksi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengulas komen netizen terhadap busana dipakai pada pada siri pertama konsert jelajahnya, Siti Nurhaliza On Tour 2019 di Jakarta, Indonesia, minggu lalu.

Ada alasan memilih busana digayakan, Siti menjelaskan, aspek seperti susunan lagu termasuk busana berubah mengikut lokasi konsert.

Antara busana yang dipakai sewaktu Konsert berlangsung di Jakarta

Ada beberapa sudut yang akan dititik beratkan dalam setiap pandangan peminat mengenai persembahan saya di Jakarta, minggu lalu.

“Berikutan peminat Indonesia, Malaysia dan Singapura berbeza-beza, akan ada pertukaran susunan lagu dan pakaian yang tidak sama antara semua lokasi.

“Setiap warna yang dijelmakan di pentas memainkan peranan besar,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan produk baharu Vivo V15 dan V15 Pro di sebuah pusat beli-belah di sini, petang tadi.

Khamis lalu, Siti menghiburkan lebih 3,000 peminat pada siri pertama konsert jelajahnya di Istora Senayan, Jakarta.

Sebaik konsert itu dikongsi di laman sosial, netizen yang teruja menyaksikan penyanyi itu beraksi, melayangkan komen termasuk pemilihan busana digayakan Siti.

Siti berkata, dia memilih tidak mengulas lanjut mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu memberi publisiti kepada mana-mana pihak.

Namun, Siti terbuka menerima setiap pandangan peminat.

Mengenai persiapan untuk siri kedua dan ketiga konsert berkenaan di Singapura dan ibu negara, Siti berkata, dia mengambil kira pandangan peminat yang menyaksikan persembahan di Jakarta sebagai panduan.

Selepas Jakarta, Siti akan bertemu peminat di Singapura pada 2 Mac disusuli Kuala Lumpur pada 16 Mac.

No comments

Powered by Blogger.
a