Header Ads

"Turunkan cermin sikit, kalau taknak lemas dalam kereta" Cara Ini Salah! - Fahami Mengapa Bahaya Tidur Dalam Kereta & Ini Langkah Perlu Anda Buat


Ada sesetengah pemandu gemar tidur di dalam kereta dengan memberhentikan kenderaan di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk tidur sebentar sebelum meneruskan pemanduan. Kononnya, "rehat sekejap lah, nanti sambung drive semula". 

Tahun lepas Malaysia digemparkan dengan kes kematian yang berlaku di Sabah apabila dua remaja berusia 19 tahun, Mohd Fitri Haimim dan Mohd Helmi Muhammad yang disangkakan tidur rupanya telah meninggal dunia. Mereka ditemui mati di tempat duduk hadapan sebuah kereta Myvi yang diparkir di tepi jalan raya. Apabila dibedah siasat ternyata remaja ini tidur di dalam kereta sehingga tidak sedarkan diri lalu maut.

Justeru, satu hal anda perlu tahu, tidur di dalam kenderaan dengan enjin masih hidup boleh mengakibatkan keracunan karbon monoksida (CO).

Bagaimana gas CO boleh membunuh?

Apabila enjin kenderaan dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke dalam kabin penumpang.

Karbon monoksida tidak berbau dan tidak berwarna, jadi anda tidak akan sedar yang anda sedang menyedut gas tersebut.

Gas CO akan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam tubuh manusia, menyebabkan kerosakan organ.

Kepekatan gas CO yang tinggi dalam darah boleh membunuh.

PERHATIAN : Pastikan pendingin hawa anda diperiksa & diselenggara mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sekali. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.


PERHATIAN : Pendapat bahawa menurunkan sedikit cermin kenderaan boleh mengelakkan keracunan gas bukanlah tindakan yang tepat

Sebaiknya, anda perlu keluar dari kenderaan dan berehatlah di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik, selamat & segar.

Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a