Header Ads

(VIDEO) 'Datuk Siti Nurhaliza On Tour' Pukau Jakarta


Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memukau para penonton melalui persembahan di konsert jelajahnya yang pertama ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ di Stadium Istora Senayan malam tadi.
Penyanyi No. 1 Malaysia, Siti Nurhaliza yang telah berehat lama setelah bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa menyampaikan lebih 25 buah lagu.
Siti yang lebih mesra dipanggil Tokti turut menyanyikan lagu “Happy Birthday” sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran suaminya baru-baru ini.
Artis lelaki popular dari Indonesia, Tulus bergabung pentas bersama Siti sebagai artis undangan menyampaikan sebuah lagu iaitu ‘Seindah Biasa’. 
Menurut laporan Bernama, Siti berkata, “Ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Saya benar-benar diberkati. Tentunya saya tidak bisa melakukan ini sendiri tanpa dukungan kalian para penghuni Sitizoners, penggemar setia dan pengasih saya,".




JUALAN TIKET DI LOKASI SETERUSNYA
‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ merupakan konsert jelajah terbesar beliau yang merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun bermula di Indonesia (Jakarta), Singapura pada 2 Mac dan kembali ke Malaysia, iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 16 Mac ini.
Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihak produksi dan pengurusan sedang berbincang bagi mengembalikan semula detik bersejarah di Royal Albert Hall, London berserta di beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi.
Siti akan membawa peminat mengenalinya dengan lebih dekat melihat kejadian di belakang tabir melalui filem dokumentari sepanjang perjalanan konsert jelajah bertajuk “They Call Me Siti – Seorang Wanita, 2 Dekad, Beribu Perjalanan.”
Menurut Shirazdeen, filem dokumentari itu diarah oleh Anusha Peterson dan bakal menemui peminat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada suku tahun ini.
Menerusi filem ini, peminat akan menyaksikan bagaimana dalam kesibukan Siti menjaga Siti Aafiyah dan menjalani latihan menari, muzik, fitness sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsung.

Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a