Header Ads

(VIDEO) 'Doula Tu Apa?' Amalan Ini Melibatkan Nyawa Seseorang, Golongan 'Doula' Perlu Tampil Bincang Dengan KKM

Tular baru-baru ini di media sosial selepas tamatnya perbincangan Analisis [Doula:Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?] secara langsung menerusi TV Al-Hijrah. Perbincangan ini antara dua panel jemputan iaitu Profesor dan Konsultan Perbidanan Universiti Malaya dan Freelance Doula.

Hasil perbincangan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya amat risau tentang isu ini sekiranya terdapat situasi di mana ada ibu mengandung yang mahu bersalin bukan di hospital atau klinik tetapi dia memilih untuk bersalin di rumah dan menggunakan perkhidmatan 'Doula' kemudian mendapat 'Doula' yang tidak terlatih dan tidak diiktiraf.
Rentetan dari isu Doula ini, terbaru, saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah golongan ‘doula’ (pembantu ketika proses kelahiran) disaran tampil mengadakan sesi janji temu dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan maklum balas mengenai amalan tersebut.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendekatan tersebut perlu kerana amalan doula memerlukan satu pengurusan yang baik kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan nyawa seseorang.
Kita perlu adakan perbincangan dengan mereka secara langsung, sebab akhirnya jika kita benar-benar mahu mengizinkan amalan doula, ia mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab, prosedur operasi standard (SOP), dan syarat yang tersendiri.
Mesyuarat pasca kabinet sering kali membincangkan perkara ini, bahawa perbincangan harus diadakan dan amalan itu perlu melalui pemerhatian dan pengurusan baik supaya tidak timbul kemudaratan. 

Kita mahu mengadakan janji temu untuk mereka tampil ke hadapan, sama ada individu, kumpulan atau organisasi untuk kita wujudkan amalan lebih baik dan elak kemudaratan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Codex Berkaitan Lemak dan Minyak (CCFO) ke-26 di sini, hari ini.
Doula tu apa?
Doula adalah pembantu atau peneman semasa proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi serta maklumat berkaitan kehamilan dan kelahiran seperti cara meneran dan bernafas.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata doula mempunyai sudut positifnya tersendiri namun kebaikannya tidak seharusnya diatasi dengan kemudaratan.
Jadi untuk menguruskan kemudaratannya dan mengembangkan kebaikannya maka kita perlu bertemu mereka, izinkan mereka datang berbincang sama dengan pihak berkaitan untuk menjaga kepentingan awam,” katanya.
Pada 25 Julai tahun lepas, beliau dilaporkan berkata KKM bercadang mewujudkan peraturan khusus bagi mengawal khidmat doula bagi memastikan keselamatan ibu dan kandungan terjamin semasa proses kelahiran.

Video menarik tentang Perbincangan Doula. Selamat menonton.
Reaksi netizen tentang Analisis Perbincangan [Doula:Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?]






Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a