Header Ads

(VIDEO) Viral Wanita Mandikan Anjing Di Tempat Tukar Lampin Bayi R&R, Buat Tak Peduli Bila Ditegur, Ini Tindakan PLUS Malaysia



Tular di laman sosial twitter dan Facebook semalam tentang video seorang wanita memandikan anjingnya di Bilik Salin Lampin kawasan tandas wanita di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Tapah.
Bilik salin lampin

Rakaman video 'live' di Facebook tersebut telah mengundang kecaman rata-rata pengguna Facebook yang menontonnya. Ramai beranggapan wanita tersebut tidak sensitif dan tidak menghormati agama lain.


Video berdurasi 16 minit itu diambil oleh pengguna Facebook bernama Farah Shafiza atas sebab rasa tanggungjawab kepada pengguna dan seorang Muslim.

"R&R Tapah. Tandas wanita..boleh nampak kat situ Bilik Lampin! Bukan rakan saja, malah dah tegur pekerja pembersihan (cleaner) tu pun dihalang dari awal,"kata pengadu yang begitu marah dan terus memuat naik video tersebut kerana kata-katanya tidak dipedulikan langsung oleh wanita yang memandikan anjingnya itu.


Hal ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian pihak PLUS Malaysia Berhad dan aktiviti menyertu kawasan terjejas telah dilaksanakan sebaik sahaja laporan daripada orang ramai diterima.
Pihak PLUS Malaysia dalam satu respon memberitahu papatanda poster haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk di perkarangan kawasan rehat turut telah diletakkan.



VIDEO




Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a