Header Ads

"3 tahun lepas aku buang cyst, lepas 1 tahun, cyst tumbuh balik" - Jangan Buat 8 Benda Ni, Wanita Kongsi Nasihat Doktor Elak Cyst


Semua sedia maklum bahawa bacaan tertinggi dan penyakit utama menyerang kaun wanita di dunia adalah kanser payudara dan kanser rahim. Walaubagaimanapun, selain daripada itu, penyakit yang kerap menghantui kaum hawa ini adalah ketumbuhan cyst.
Apa Itu Cyst?
Cyst sebenarnya adalah ketumbuhan yang mengandungi cecair sama ada air, cecair bercampur protein, cairan merah beku, cairan datang bulan, minyak, lemak, dan lendir. Cyst juga boleh disertai dengan daging, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.
Jenis-jenis Cyst..
Ada pelbagai jenis cyst di antaranya :
Follicular Cyst
Corpus Luteal Cyst
Hemorrhagic Cyst
Ruptured Ovarian Cyst
Endometriotic Cyst of Ovary
Dermoid Cyst Ovary atau Terratoma
Daripada satu perkongsian di Facebook, dari saudari Hariza Azmi menceritakan pengalamannya yang pernah menghidap cyst dan pernah dibedah. Hariza juga berkongsi tips penjagaan rahim yang diberikan oleh doktor ketika merawatnya. 
Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Operation Cyst Tiga Tahun Lepas..
Tiga tahun lepas aku operation buang cyst. 

Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww. Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Doktor macam kita sembang ngan kawan.

Jangan Buat 8 Benda Ini..
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang tak nak dengar lantak laa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
PERTAMA, jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis supplement. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. ( rasanya mcm aku dengar estrogen ). Makan lagi supplement menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.
KEDUA, jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya. 
KETIGA, kurangkan makan ayam. Mostly ayam ada cucuk estrogen tu. Tu Dr yang cakap, bukan aku
KEEMPAT, banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan. 
KELIMA, amalkan pemakanan yang sihat. 
KEENAM, NO FAST FOOD! 
KETUJUH, NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc ). 
KELAPAN, NO STRESS!

Checkup 6 Bulan Sekali..
Contoh cyst yang digeruni wanita (Gambar hiasan)

Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku “Abah kau ! Malu konon”. Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.

Jangan Beli Ubat Kurus..
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada KKM sekali pon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan KKM tu. Ntah betul ke tidak. Heheh.Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger duluu.

7 PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK ELAK CYST & FIBROID..
PERTAMA : KERAP BERSENAM. 
Satu kajian telah dilakukan dan didapati wanita yang kerap bersenam tidak mudah terkena cyst/fibroid. Semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena cyst/fibroid dalam jangka masa yang panjang.
KEDUA : ‘MAINTAIN’ BERAT BADAN. 
Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obese berpotensi mendapat cyst/fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi. Hormon estrogen dan progesteron yang tinggi antara penyebab fibroid.
KETIGA : BANYAKKAN PENGAMBILAN TEH HIJAU. 
Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena cyst/fibroid kerana ia bersifat antioksidan. Ia boleh diambil melalui minuman ataupun ekstrak teh hijau. KEEMPAT, KURANGKAN MAKAN DAGING MERAH. Daging merah menggalakkan pertumbuhan cyst/fibroid. Oleh itu, kurangkan pengambilannya dalam diet seharian.
KELIMA : MAKAN BANYAK SAYUR-SAYURAN. 
Sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko ketumbuhan cyst/fibroid kerana ia kaya dengan vitamin, mineral, fiber dan antioksidan. Selain itu, ia juga baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
KEENAM : MAKAN MAKANAN TINGGI VITAMIN D. 
Vitamin D berupaya mengecilkan saiz cyst/fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak. KETUJUH, TINGKATKAN PENGAMBILAN PRODUK TENUSU. Banyakkan ambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Sumber : Facebook Hariza Azmi

No comments

Powered by Blogger.
a