Header Ads

Bayi 9 bulan tertelan kerongsang, si ibu dikecam tak pandai jaga anak

Nur Qhaulah Ramadhani menangis ketika dirawat di hospital. (Gambar kanan) ujian x-ray menunjukkan kerongsang berada di dalam badan bayi berusia sembilan bulan itu.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak-anak terutamanya dari segi kesihatan, pasti ibu bapa yang dipersalahkan.
Seperti nasib ibu kepada kanak-kanak bernama Nur Qhaulah Ramadhani tertelan kerongsang lalu masuk ke dalam perutnya telah tular di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai, ada yang mengecam si ibu dan rata-rata mendoakan agar kerongsang tersebut dapat dikeluarkan dari perut bayi itu

Kerongsang berjaya dikeluarkan

Kerongsang yang berada dalam perut bayi berdasarkan paparan x-ray 
Ternyata doa warganet amat mustajab sehingga kerongsang itu bukan sahaja dapat keluar, malah pinnya tertutup dan tidak mencederakan anak saya.
“Saya bersyukur sangat tambahan pula kerongsang itu keluar sebaik sahaja azan Asar berkumandang hari ini,” kata Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, ketika ditemui di Wad Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.
Noor Amira Shyuhada adalah ibu kepada bayi berusia sembilan bulan, Nur Qhaulah Ramadhani Mohd Kamal Azhar yang tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, 9.30 malam tadi.
Kejadian itu tular di laman sosial selepas Noor Amira Shyuhada memuat naik hantaran meminta warganet mendoakan keselamatan anaknya di Facebook, malam tadi.
Menurut ibu kepada tiga anak itu, dia amat bersyukur kerana ramai memberi sokongan ketika dia tertekan berikutan kejadian berkenaan.

Tertekan dengan kecaman Netizen
Bagaimanapun, dia agak kesal kerana ada beberapa individu mengecam dan menuduhnya tidak tahu menjaga anak.
Ketika baca komen segelintir warganet yang mengutuk dan mengecam, saya amat tertekan apatah lagi masa itu kerongsang masih berada dalam badan anak saya.
“Padahal, saya buat ‘posting’ (hantaran) di Facebook untuk minta orang ramai doakan keselamatan anak saya sahaja.
“Hanya kata-kata suami (Mohd Kamal Azhar Khalid, 36) yang menasihatkan saya supaya tidak mempedulikan kutukan itu berjaya kembali menguatkan semangat saya.
“Alhamdulillah, tidak lama kemudian, kerongsang yang berada di dalam badan anak keluar sendiri melalui najisnya,” katanya.
Menceritakan insiden itu, Noor Amira Shyuhada berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu berada di atas ribaan anak sulungnya, Nur Damia Darwisya, 11.

Dalam gelap, tidak perasan bayi main kerongsang

Gambar Hiasan

Ketika itu saya sedang memandu dari rumah ibu di Felda Bukit Bading ke rumah di Ajil, jadi tak perasan apa yang dia tengah buat, lebih-lebih lagi keadaan gelap.
“Kebetulan pula kerongsang itu berada di celah pintu bahagian penumpang di dalam kereta.
“Tak tahu macam mana dia boleh capai kerongsang itu dan masukkan ke dalam mulut.
“Saya segera memberhentikan kereta dan memeriksa mulutnya dan menghulurkan jari untuk mendapati kerongsang itu, tetapi tidak berjaya,” katanya.
Menurutnya, tanpa berlengah dia terus ke Hospital Hulu Terengganu dan selepas diperiksa dan di X-Ray, anaknya dihantar pula ke HSNZ untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a