Header Ads

"Bendera Malaysia Dikibar Di Hadapan Masjid Al-Noor" - Sekitar Pengkebumian Muhd Haziq Satu-Satunya Rakyat Malaysia Korban Insiden Christchurch



Kehilangan Muhammad Haziq berhari-hari menjadi tanda tanya semua dan akhirnya terjawab apabila mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Wisma Putra semalam mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.
Hari ini, jenazah Haziq telah selamat disemadikan bersama mangsa serangan Christchurch yang terkorban Jumaat lalu.
Perkongsian daripada Twitter Sumisha Naidu yang merupakan seorang wartawan Channel NewsAsia, berkongsi keadaan sekitar upacara pengebumian tersebut.



Menteri luar negara mengesahkan kematian Muhammad Haziq


Jenazah dikebumikan bersama mangsa-mangsa tembakan di Christchurch lain

Diiringi dengan ramai keluar dan rakan-rakan setibanya jenazah Haziq di tanah perkuburan 

Gambar dari luar, setiap kubur ditanda dengan nombor

Ayah Allahyarham Haziq melihat jenazah dari atas kerusi roda akibat kecederaan dari insiden Christchurch

Bendera Malaysia dikibarkan di hadapan Masjid Al Noor 

Menurut Sumisha, tiga rakyat Malaysia mengalami kecederaan akibat insiden tembakan di Christchurch manakala Muhammad Haziq adalah satu-satunya mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Semoga Allahyarham Muhammad Haziq bin Tarmizi berada dalam kalangan orang beriman begitu juga semua mangsa yang terkorban dalam insiden berdarah di Christchurch.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban diberi kekuatan dengan ujian ini.

Sumber : Twitter Sumisha

No comments

Powered by Blogger.
a