Header Ads

Kronologi pencemaran sisa bahan kimia bahaya : 3 dalang Sungai Kim Kim bakal didakwa esok


Tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat kes pencemaran sisa bahan kimia di kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor dan didapati di awalnya terdapat pelajar pengsan akibat hidu gas metana daripada sungai tercemar itu sehingga menyebabkan beberapa buah sekolah terpaksa ditutup hari ini.



Akibat daripada terhidu gas kimia berbahaya ini, ramai yang terjejas seperti kanak-kanak, pelajar dan orang awam didapati pengsan, wartawan juga ada yang mengalami loya dan muntah ketika membuat liputan kes ini di sana dan seorang pemandu ambulan juga berada dalam keadaan kritikal ketika menyelamatkan banyak nyawa. 




Hari ini, pemilik syarikat tayar kitar semula difahamkan adalah dalang pencemaran sisa kimia bahaya, antara tiga suspek ditahan Isnin lepas, yang dipercayai membuang sisa toksik ke Sungai Kim Kim baru-baru ini, dijangka didakwa di mahkamah seawalnya esok.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata  kertas siasatan telahpun siap dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pagi tadi untuk mendapatkan  penilaian dan pertimbangan untuk mendakwa.
 (Dan) kita harap dapat dakwa (suspek) esok di mahkamah. Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjara maksimum lima tahun dan juga denda RM500,000 di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” kata beliau kepada pemberita di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir  Gudang  (MPPG) di sini hari ini.
Beliau juga telah menghubungi Peguam Negara Tommy Thomas mengenai kemungkinan mengenakan beberapa tuduhan terhadap suspek memandangkan  kesalahan yang dilakukan adalah serius dan hukuman setakat ini tidak mencukupi.
Memandangkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah siap siasatan, kita akan dakwa dahulu tetapi ia tidak dihadkan kepada undang-undang ini sahaja, dia boleh didakwa di atas Kanun Keseksaan dan mungkin akta-akta lain,” kata Yeo.

Kronololgi Pencemaran Sisa Bahan Kimia :

7 Mac 2019 - Seorang pelajar pengsan, lima muntah dipercayai terhidu gas                            kimia

                  - Terdapat kebocoran gas dan tumpahan bahan kimia di kawasan                         Sungai Kim Kim

8 Mac 2019 - Penduduk dakwa Sungai Kim Kim sering dicemari

9 Mac 2019 - Mangsa gas sisa kimia meningkat kepada 79 orang 

                  -Dua sekolah terjejas pencemaran gas kimia diarah tutup
                    1.Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih
                    2.Sekolah Menengah Pasir Putih

                  - Polis cari dalang buang sisa kimia

10 Mac 2019 - Empat kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang dimasukkan ke hospital semasa memberikan rawatan kepada mangsa dilaporkan stabil.

11 Mac 2019 - Pelajar pengsan kurang lapan jam sekolah dibuka

                   - Tiga suspek ditahan disyaki membuang sisa kimia tersebut.

                   - Kerja bersih sisa bahan kimia bermula.

12 Mac 2019 - Jumlah mangsa pencemaran Sungai Kim Kim meningkat 260 orang.

                    - Sekolah Kebangsaan Puteri Resort diarah tutup.

13 Mac 2019 - 13 buah sekolah ditutup.

                    - Pemilik Syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok





Sumber : BERNAMA, Astro Awani                                                  

No comments

Powered by Blogger.
a