Header Ads

Dari seorang jurulatih 'gym', sekarang jadi pembunuh, keluarga pengganas masjid Christchurch mahu Tarrant dikenakan hukuman mati


Brenton Tarrant, pemuda lelaki berumur 28 tahun adalah pengganas dalam serangan tembakan rambang di dua buah masjid di bandar Christchurch, menggambarkan dirinya sebagai "orang kulit putih biasa, dari keluarga biasa" yang dilahirkan di Australia dan mempunyai "kehidupan bekerja, keluarga berpendapatan rendah". Dia adalah seorang jurulatih peribadi di sebuah gim iaitu Big River Gim yang terletak di New South Wales, Australia. Majikannya mengakui dia seorang pekerja yang dedikasi dan bersungguh-sungguh sehinggakan berita tentang insiden berdarah dilakukan Tarrant sangat memeranjatkan majikannya.

"Sejujurnya, saya seakan-akan tak percaya bahawa seseorang yang saya berurusan hari-hari dengannya dan berinteraksi selalu dengannya sudah membuat sesuatu tindakan yang melampau," kata majikan di gym di mana tempat Tarrant bekerja.

Kemudian, sepupu kepada Brenton Tarrant menganggap pengganas itu sudah 'tidak betul' dan mahukan dia dihukum mati atas jenayah tersebut.
Donna Cox, sepupu Brenton Tarrant

Donna Cox berkata, sangat ‘menyakitkan’ menjadi salah seorang saudara-mara kepada pembunuh yang menyebabkan kematian 50 orang Islam yang tidak bersalah di Christchurch, Jumaat lepas.
Tarrant ketika dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal dan sempat membuat simbol 'supremasicst' dengan menggunakan isyarat tangan selepas dia didakwa dalam satu pembunuhan.
Brenton Tarrant, 28 ditangkap dan berada di mahkamah, sempat membuat simbol 'supremacist'

Ujar Donna lagi, tindakan Tarrant membuktikan bahawa lelaki tersebut tidak pernah memikirkan nasib dan kesan yang perlu dilalui oleh ibunya selepas kejadian tersebut.
Apalah yang difikirkannya. Keluarganya sangat dihormati disini. Ayah dan ibunya dipandang tinggi oleh masyarakat sini."
Nenek dan bapa saudara pengganas yang menyerang Christchurch
”Saya yakin, orang tuanya tidak mendidiknya untuk menjadi seorang pembunuh, tapi saya di sini bukan untuk melindunginya. Jika saya diberi peluang untuk berjumpa dengan Tarrant, saya mahu tahu kenapa dia sanggup membunuh,” kata Donna.
Sharon Tarrant (tengah), ibu kepada pengganas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai, Brenton Tarrant
Ibu Tarrant merupakan seorang guru di sekolah dan ketika dimaklumkan insiden berkenaan, dia sedang mengajar di sebuah sekolah.
Sebaik sahaja mendapat tahu insiden tersebut, ibu Tarrant dan kakanya, Lauren segera dipindahkan ke satu lokasi rahsia dan dikawal ketat polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Manakala bapanya sudah lama meninggal dunia.
Saya tahu, biarpun ia menyakitkan kerana kami adalah keluarganya, tetapi dia layak dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.
Tarrant ditangkap di laluan pejalan kaki oleh dua pegawai polis latihan pada hari Jumaat lalu selepas dia menembak dan membunuh 50 orang Islam
”Kami semua merasa keliru, kecewa dan marah dengan tindakkannya. Keluarga kami buntu, kami tidak tahu nak buat apa.
”Kami sangat membencinya ketika ini. Jika saya melihatnya, pasti saya akan menumbuk mukanya dengan sekuat hati. Dia tidak dibesarkan untuk menjadi rasis, tiada sesiapa pun yang paksa dia jadi begini.
”Ibu dan ayahnya adalah orang baik-baik,” kata Donna lagi.
Ahli keluarga Tarrant yang lain termasuk nenek dan pak ciknya turut mengecam tindakan tersebut dan mahukan dia dikenakan hukuman yang setimpal.
Sumber : Malay Mail , ABC News

No comments

Powered by Blogger.
a