Header Ads

'Frust' cinta ditolak, Pakar Psikiatri 'bedah' surat luahan perasaan dari pelajar Tingkatan 1 yang cuba bunuh diri, rupa-rupanya dia....


Tular di laman sosial Facebook apabila seorang pelajar lelaki dan juga merupakan remaja berumur 13 tahun telah cuba membunuh diri akibat dari kecewa akibat cinta ditolak.

Polis mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu di Banting di sini cuba membunuh diri dari tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkannya kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama semalam.

Wanita tidak meminati mangsa, lebih menyukai lelaki lain

Katanya, alasan penolakkan cinta oleh pelajar perempuan sebaya dengan itu adalah kerana tidak meminati mangsa dan lebih menyukai pelajar lelaki yang lain.

"Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

"Remaja berkenaan juga sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,"katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

Mangsa adalah pelajar yang baik dan pendiam

Jelas Azizan, berdasarkan keterangan guru kelasnya mendapati remaja lelaki itu merupakan pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.

"Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini.

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ," katanya.

APM datang menyelamatkan mangsa dari bunuh diri 


Momen-momen ketika menyelamatkan pelajar  13 tahun oleh APM dari bunuh diri

Pelajar Tingkatan 1 yang berjaya diselamatkan oleh APM dari terjun bumbung sekolah untuk bunuh diri

Terdahulu, K! ONLINE melaporkan tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.28 tengah hari itu, pelajar berusia 13 tahun bertindak demikian difahamkan akibat putus cinta. 

Isu serius dijadikan bahan jenaka, Pakar Psikiatri 'bedah' surat dari pelajar cuba bunuh diri


Menurut Pakar Psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zin, kemurungan dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang disebabkan gangguan emosi seperti kebimbangan atau tekanan.

Jelas anggota MedTweetMy tersebut, beliau menganggap insiden pelajar cuba membunuh diri dengan memanjat bumbung sebuah sekolah di Banting, Selangor itu sebagai tindakan melulu dan bukan dengan niat mahu membunuh diri.

"Pada dasarnya kita sangkakan budak ini cuba bunuh diri sebab cintanya ditolak namun pada pengamatan saya, untuk seseorang itu mencederakan diri atau bunuh diri tidaklah semudah itu.

"Bunuh diri kerana cinta ditolak itu bukan punca utama, pasti ada isu yang lebih besar disebalik itu sehingga membuatkan dia melakukan perkara itu.

"Saya yakin perbuatan pelajar itu lebih menjurus kepada tindakan melulu hingga membahayakan diri berbanding niat untuk nak bunuh diri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Selain itu dia turut menzahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah netizen seolah-olah memandang remeh isu berkenaan.

"Saya tak tahu bagaimana situasi psikologi dia. Walaupun nota ditinggalkan seolah-olah dia putus cinta, tetapi kami sebagai pakar psikiatri melihat ia sebagai sesuatu yang dilakukan tanpa pertimbangan rasional.

"Cuma saya agak terkesan apabila ramai netizen yang mempermainkan situasi itu. Kalau kita faham masalah psikologi, ia bukan suatu perkara mudah yang boleh diselesaikan begitu sahaja kerana pesakit tiada pertimbangan yang rasional untuk masalah yang dihadapinya.

"Orang anggap penyakit kemurungan masalah emosi biasa padahal ia adalah penyakit diluar kawalan diri," katanya.

'Mak dia sakit jantung, ayah dia kerja kuat'

Di laman Twitter ada sumber mengatakan pelajar Tingkatan 1 yang cuba bunuh diri itu mengalami beberapa masalah berkaitan keluarganya. Ramai yang merasakan pada mulanya kes ini satu bahan jenaka kerana usia 13 tahun sudah membuat perkara sebegini, tetapi sebenarnya kes ini perlu dipandang serius.










Sumber : Kosmo, mstar, Twitter

No comments

Powered by Blogger.
a