Header Ads

(GAMBAR) "Hanya pakai baju dan seluar dalam" - Anjur Kursus Motivasi Bogel Di Resort Bukit Tinggi Dikecam Netizen

Gambar berkenaan memaparkan terdapat sebahagian daripada kumpulan perempuan hanya berseluar dan berbaju dalam.

Penghuni sebuah pusat peranginan terkejut apabila melihat sekumpulan wanita berkelakuan sumbang di tempat awam dan tidak mengendahkan teguran dari orang awam yang berada di sekitar kawasan itu. Difahamkan, 80 wanita berbogel di resort Bukit Tinggi, Bentong sedang menghadiri kursus selama 3 hari dan antara pengisian dalam kursus tersebut adalah kursus motivasi separa bogel. 
Kursus motivasi separa bogel. Itu antara ‘intipati’ kursus motivasi anjuran sebuah pusat spa kecantikan diadakan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong.

Anjuran sebuah spa kecantikan 
Tindakan itu bukan saja mengejutkan penghuni pusat peranginan terbabit namun turut menyebabkan penduduk kampung ‘tepuk dahi’ melihat gelagat sebahagian daripada 80 peserta separa bogel sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada polis petang semalam.

Disertai 80 peserta wanita 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, program berkenaan disertai seramai 80 peserta wanita yang juga pekerja pusat spa terbabit dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kursus sejak hari Isnin lalu hingga semalam (Rabu)
Semua peserta mendaftar masuk ke resort berkenaan sejak Isnin lalu dan kursus itu dijadual berakhir semalam.
“Berdasarkan laporan yang kita terima pada hari kejadian sebahagian daripada peserta melakukan aktiviti di atas padang dengan keadaan tidak senonoh dan hanya memakai baju serta seluar dalam,” katanya, di sini, hari ini.

Teguran dari orang kampung tidak diendahkan
Beliau berkata, penduduk kampung yang menyedari tindakan tidak senonoh itu bertindak menegur mereka namun tidak diendahkan.
Beberapa keping gambar yang memaparkan peserta sedang melakukan aktiviti itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan menerima pelbagai kecaman dari warganet.

Polis menahan 30 wanita yang mengendalikan kursus dan peserta
Othman berkata, pihaknya sudah menahan dan mengambil keterangan empat lelaki dan 30 wanita yang terdiri daripada pengendali serta peserta kursus itu.
Kita masih lagi mengesan baki peserta kursus itu yang difahamkan sudah pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.
“Justeru, kita minta kerjasama mereka untuk datang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak kami melengkapkan siasatan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.
Sumber : Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a