Header Ads

Tembakan Christchurch : 'Geng motor yang digeruni' janji lindungi kawasan luar masjid di seluruh New Zealand ketika solat Jumaat


Geng Bikers yang digeruni di New Zealand dengan rela hati menjaga luar masjid New Zealand apabila orang Islam mendirikan solat Jumaat rentetan dari insiden tembakan rambang pada hari Jumaat minggu lepas, 15 Mac 2019.

Geng Bikers seperti Mongrel Mob, King Cobra dan the Black Power telah berjanji untuk melindungi masyarakat Islam tempatan seluruh negara itu.

Difahamkan ada juga geng moto di Australian telah menjaga masjid di sekitar Sydney.




"Kami akan membantu dan beri sokongan kepada saudara-saudara Islam selama mana mereka perlukan." - Presiden Mongrel Mob

Sementara itu, Dr Asad Mohsin yang merupakan wakil komuniti muslim di situ menzahirkan rasa terharu dan pada masa sama menghargai usaha dan pertolongan yang diberikan kumpulan-kumpulan bikers tersebut.

"It all give us strength to overcome the grief we are undergoing. We should welcome them to come into mosque and pray with us. They are part of us as we are part of them."




Semoga ikatan yang kuat tidak mengenal agama, bangsa ini berkekalan di dunia dan di akhir zaman ini perpaduan dapat dikekalkan seperti yang dilakukan oleh rakyat New Zealand terhadap orang Islam.

Sumber : Business Insider

No comments

Powered by Blogger.
a