Header Ads

Menurut Statistik Kaji Selidik Ini, Graduan India & Melayu Paling Susah Nak Dapat Kerja. Betul Ke?


Selepas empat, lima, enam tahun berhempas pulas demi segulung Ijazah dan bergelar graduan untuk menjual kelayakan masing-masing kepada syarikat lain demi masa depan yang cerah, ternyata tak semudah yang disangkakan.

Pengambilan pekerja dalam mana-mana syarikat mempunyai prosedur tersendiri. Temuduga yang membuahkan hasil pasti diimpikan oleh semua yang bergelar graduan.

Isu yang sering diperkatakan adalah lambakan dalam kalangan graduan meningkat. Mengapa? Adakah graduan berkelayakan pointer paling tinggi menjadi pilihan sesebuah syarikat? Atau rupa paras? Atau warna kulit?

Lain pula ceritanya apabila satu thread di laman Twitter telah tular berkenaan pengambilan kerja sektor swasta terhadap graduan berlainan bangsa iaitu Melayu, Cina dan India dikatakan terdapat unsur racist atau diskriminasi melalui pembuktian statistik kaji selidik yang dijalankan oleh Centre for Governance and Political Studies yang bertajuk 'A Study on Racial Bias For Entry Level Jobs in Malaysia'. 

Ikuti thread penuh di bawah.

Dibuktikan juga dalam kajian sebelum ini diskriminasi dalam sektor swasta yang diterbitkan oleh Dr Muhammad and Hwok Lee Aun


Mereka membuat kaji selidik dengan menghantar lebih 3000 resume kepada syarikat


Ada 7 resume, 7 pemohon, sama kelayakan, sama CGPA, sama pengelasan Ijazah, sama universiti, semua boleh komunikasi 3 bahasa


Gambar passport dalam resume semuanya adalah guna orang yang sama, yang membezakan adalah edit solekan, nama, warna kulit

Calon berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) mendapat banyak panggilan berbanding calon bangsa Melayu dan India


Hasil kajian : Nicola (calon berbangsa Cina) hanya memohon sebanyak 2 pekerjaan sahaja untuk dapat 1 panggilan dari syarikat. Manakala, Sakinah (calon Melayu) perlu memohon 13 pekerjaan untuk dapat 1 panggilan dari mana-mana syarikat.


Dalam resume, calon meletakkan kebolehan berbahasa Mandarin sebagai "sederhana". Tetapi, Nicola dan Gabriel (keduanya adalah berbangsa Cina) mendominasi panggilan telefon dari syarikat yang memerlukan Chinese Speaker.

Calon Melayu tidak bertudung mendapat lebih banyak panggilan kerja (13%) berbanding Calon Melayu yang memakai tudung(9.14). 

Laporan penuh boleh menekan link di bawah 

Sumber : Twitter Centre for Governance and Political Studies

No comments

Powered by Blogger.
a