Header Ads

Guna Kudrat Kanak-Kanak Demi 'Kepentingan', Pusat Tahfiz Di Sungai Petani Ditutup


Gunakan kanak-kanak untuk kutip derma 
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini menutup sebuah Pusat Tahfiz Amal di sini yang dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang JKM Putrajaya Ahmad Rashid berkata tindakan lak atau mengunci premis itu mengikut Seksyen 16 A Akta Pusat Jagaan 1993.
Katanya seramai 60 anggota penguat kuasa termasuk daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (JHEIK), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam operasi yang bermula pada 10.30 pagi tadi.

Premis telah dikosongkan lebih awal
Premis ini kita dapati telah dikosongkan lebih awal dan memudahkan kita untuk mengunci dan pihak pengusaha akan dibawa ke mahkamah selepas ini untuk pertuduhan.
“Bagaimanapun, kita beri peluang 21 hari  untuk mereka kemuka semua dokumen yang membolehkan pusat ini didaftarkan. Jika gagal tindakan undang-undang akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Ahmad berkata pihaknya akan terus memantau pusat-pusat tahfiz di seluruh negara dan tindakan sama akan dikenakan jika mana-mana pusat beroperasi tanpa mendapat perakuan pendaftaran daripada JKM.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata pusat tahfiz amal itu diarahkan ditutup kerana beroperasi tanpa kebenaran selain dipercayai memperguna kanak-kanak untuk mengutip derma.
Dr Ismail juga dilaporkan berkata hanya 11 daripada 211 penghuni pusat itu merupakan anak yatim.
Sumber : BERNAMA 

No comments

Powered by Blogger.
a