Header Ads

Insiden Berdarah Christchurch : 50 Muslim Terkorban, 350 Warga New Zealand Dikatakan Memeluk Islam


Jumaat lalu umat Islam dikejutkan dengan berita menyedihkan di mana berlaku tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand semasa jemaah sedang solat Jumaat.
Serangan tersebut mengorbankan 50 jemaah dan lebih 48 jemaah lagi cedera dalam kejadian itu. Insiden itu mencetuskan kemarahan ramai dan dikecam teruk oleh seluruh dunia serta melakukan bantahan mengutuk serangan tersebut.




Susulan kejadian itu, tersebar di media sosial berita mengatakan seramai 350 warga New Zealand dikhabarkan telah memeluk Islam.
Tidak dapat dipastikan kesahihan berita tersebut. Bagaimanapun, rata-rata netizen mengharapkan perkara itu benar-benar berlaku.
Beberapa hari lalu, selepas kejadian masjid berdarah itu penduduk Kristian New Zealand mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah.


Dilaporkan, penembak dan tiga individu lain yang dipercayai terlibat dalam serangan itu sudah pun diberkas dan didakwa di mahkamah.
Sumber : Vitdaily

No comments

Powered by Blogger.
a