Header Ads

Insiden berdarah di masjid Christchurch : Mufti gesa PUBG diharamkan


Kerajaan perlu bertindak mengharamkan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), berikutan tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam. Malah, permainan seumpama itu dilihat mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan, kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

PUBG beri kesan kepada kanak-kanak, budak dan remaja
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.

PUBG membentuk generasi muda menyukai peperangan, tempur dan keganasan
Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya kepada Harian Metro, Ahad.
Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam ia bukan perkara baik tambahan pula boleh dimainkan sesiapa menggunakan komputer riba dan telefon bimbit.

Sebagai Menteri, fikirkan dahulu kesesuaian PUBG untuk dijadikan sukan E-Sport

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Sebelumnya, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq ada mengeluarkan kenyataan terhadap permainan atas talian ini iaitu PUBG dan mempertikaikan keperluan untuk mengharamkan permainan ini dan beliau sangkal pendapat bahawa permainan PUBG ada kaitan dengan insiden berdarah di masjid Christchurch.

Kemudian, mufti Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan berbunyi,
Sebagai kerajaan, perhatikanlah baik dan buruk dan sebagai Menteri fikirlah adakah ia sesuai dijadikan sukan E-Sport,” katanya.

Tak mustahil senjata api boleh dimiliki tanpa lesen suatu hari nanti

Games PUBG yang dikatakan berunsur keganasan dan ada kait mengait dengan insiden berdarah di masjid Christchurch
Katanya, permainan itu tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam, justeru pihak pemerintah wajib mengekangnya.
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Saya yakin PUBG boleh menghilangkan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tiada perasaan.

Insiden berdarah di masjid Christchurch vs. Games PUBG yang menjadi ikutan orang masa kini
“Dalam keadaan semasa, jika hukuman mati mahu dihapuskan tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya,” katanya.
Mengulas mengenai insiden berdarah di masjid Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu katanya, kejadian itu disebabkan pemimpin atasan dunia yang membentuk kebencian terhadap Islam.
Merekalah yang mewujudkan Islamofobia. Jika orang atas sudah membenci Islam, menjadi perkara biasa bagi rakyat bawahan melakukan pembunuhan,” katanya sedih atas penindasan terhadap umat Islam.
Sumber : Harian metro

No comments

Powered by Blogger.
a