Header Ads

"Isteri Selamatkan Saya, Kemudian Dia Ditembak, Tapi Saya Maafkan Si Pembunuh Kerana ...." - Ucapan Suami Di Upacara Peringati Korban Christchurch Undang Sebak Rakyat NZ


Ribuan penduduk New Zealand hari ini mneghadiri upacara memperingati mangsa pembunuhan dalam serangan di dua masjid di Christchurch dua minggu lalu.

Mereka berdiri senyap sambil menundukkan kepala ketika nama 50 mangsa yang terkorban dibacakan dengan kuat.

Mereka maut dalam serangan keganasan dilakukan pengganas kulit putih warga Australia.

Speaker memberi penghormatan kepada mangsa yang maut dan mereka yang terselamat dalam serangan pada 15 Mac itu, termasuk 22 orang yang masih dirawat di hospital, dan antaranya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dalam keadaan kritikal. Kesemua nama mangsa yang terkorban dalam serangan tembakan rambang di dua buah masjid Christchurch itu dibacakan pada majlis tersebut. Mangsa yang terkorban termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Mangsa termuda ialah berusia tiga tahun.


Rakyat New Zealand datang bersama-sama untuk memperingati mangsa terbunuh masjid Christchurch

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang memakai jubah tradisional Maori, turut disertai oleh wakil dari hampir 60 negara termasuk dari Australia.

Ardern memuji rakyat New Zealand yang bertindak mendekati dan membantu masyarakat Islam susulan serangan itu.


Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, ucap takziah pada saudara mangsa serangan masjid

Ucapan paling tersentuh dan undang air mata daripada Farid Ahmed, di mana isterinya Husna terbunuh ketika dia berlari masuk semula ke dalam masjid kerana cuba selamatkan suaminya itu yang kurang upaya.


Farid Ahmed, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi berdarah di Chirstchurch, dengan ucapannya mendapat perhatian ramai kerana dia bersikap tabah dan memaafkan pengganas walaupun isterinya terkorban

Duduk di kerusi roda di hadapan orang ramai, Farid berkata dia memaafkan penembak itu, Brenton Tarrant.

"Orang tanya saya, kenapa memaafkan seseorang yang membunuh isteri saya yang tersayang.

"Saya boleh beri banyak jawapan. Allah berfirman jika kita maafkan satu sama lain, Dia akan sayang kita.

"Saya tidak mahu membawa hati yang sarat menggelegak seperti gunung berapi, penuh kemarahan dan dendam. Ia akan membakar diri dan persekitaran.

"Saya mahu hati penuh kasih sayang dan ihsan. Hati ini tidak mahu lagi ada kehilangan, dan saya berharap tidak ada orang lain melalui apa yang saya lalui sekarang.

"Sebab itu saya memilih kedamaian dan saya maafkan dia" katanya.

Upacara itu diiringi dengan doa dan penyanyi terkenal Britain, Cat Stevans atau nama Islamnya, Yusuf Islam mendendangkan lagu "Peace Train".


Cat Stevens jarang buat persembahan sejak dia mula masuk Islam

Anggaran kira-kira 20,000 yang menghadiri majlis upacara peringati di Hadley Park, dan ramai yang menonton siaran langsung upacara itu di televisyen


Hadirin menangis ketika menyanyikan lagu kebangsaan New Zealand

Ahli keluarga mangsa Christchurch hadiri majlis peringati mangsa

Duduk di kerusi roda di hadapan orang ramai, Farid berkata dia memaafkan penembak itu, Brenton Tarrant.

"Orang tanya saya, kenapa memaafkan seseorang yang membunuh interi saya yang tersayang.

"Saya boleh beri banyak jawapan. Allah berfirman jika kita maafkan satu sama lain, Dia akan sayang kita.

"Saya tidak mahu membawa hati yang sarat menggelegak seperti gunung berapi, penuh kemarahan dan dendam. Ia akan membakar diri dan persekitaran.

"Saya mahu hati penuh kasih sayang dan ihsan. Hati ini tidak mahu lagi ada kehilangan, dan saya berharap tidak ada orang lain melalui apa yang saya lalui sekarang.

"Sebab itu saya memilih kedamaian dan saya maafkan dia" katanya.

Sumber : BBC News

No comments

Powered by Blogger.
a