Header Ads

'Jangan ambil mudah kulat pada dinding & siling rumah', Ini Kesan Buruk Pada Kesihatan Anda Jika Kulat Tidak Dibersihkan


Rumah baru kebiasaannya terhindar daripada tumbuh kulat di dinding atau suling kerana masih baru lagi. Namun, rumah yang sudah lama didiami, pasti akan mempunyai sedikit atau banyak kulat di dinding dan siling rumah. Kita rasa biasa je kan? Ternyata selama ini kita silap jika membiarkan kulat tersebut terlekat di dinding tanpa membersihkannya. Ada kebarangkalian kulat tersebut menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Public Health Malaysia membuat perkongsian di laman Facebook dan menerangkan tentang keburukan kulat di dinding pada kesihatan kita. Tetapi, kita masih sempat untuk mencegah dengan membersihkan kulat tersebut.

Bagaimana rupa bentuk kulat dinding dan siling di rumah ?
Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT.

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Apa kesan buruk kulat dinding dan siling pada kesihatan?
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. 


Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap asthma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda-tanda kehadiran kulat
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini dicegah?
 Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
 Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.
a