Header Ads

Kajian: Tidur Dengan Lampu Terpasang Buatkan Anda Gemuk!



Pasti ada dalam kalangan anda yang mempunyai tabiat suka tidur dengan lampu terpasang atau tidur dalam keadaan bilik cerah di waktu malam. Si anak kecil pula yang suka tidur dalam keadaan lampu cerah kerana takutkan gelap, si ibu ayah ikutkan saja, maka terus menjadi tabiat yang ramai tidak tahu bahawa tidur dengan lampu terpasang mendedahkan kepada risiko penyakit kanser.

Risiko kepada kanak-kanak
Sangat tidak bagus tabiat ini sekaligus mengundang bahaya kepada tahap kesihatan anak-anak anda dalam jangka masa panjang.

Risiko terdedah penyakit kanser
Ada beberapa kajian ada menyebut tidur dalam keadaan cerah ini akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Ia adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser.

Untuk pengetahuan anda, hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan cerah. Adanya sinar atau cahaya akan menyebabkan penghasilan hormon ini terhenti.

Wanita yang tidur dengan lampu terbuka di malam hari patut mengubah tabiat anda itu kerana ia meningkatkan risiko terkena kanser payudara.

Jejaskan metabolisme, sukar menurunkan berat badan. 
Selain itu, tidur dengan lampu yang menyala juga akan mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu. Kesannya, anda mengalami gangguan tidur yang boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme sekaligus membuatkan anda sukar menurunkan berat badan.

Jika anda selalu tidur dengan lampu terpasang sebaiknya ubat tabiat tidur anda itu demi untuk kesihatan.

Jadi, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu, bukan saja untuk kesihatan tetapi dapat menjimatkan bil elektrik rumah anda!

Terdapat banyak kebaikan tidur dalam gelap :


Baiki sel-sel otak

Tidur lebih lena

Cegah kanser

Jimatkan elektrik

Tubuh memerlukan suasana gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dan mati.

Tidur dalam gelap juga akan menjadikan tidur anda lebih selesa, tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.


No comments

Powered by Blogger.
a