Header Ads

'Kanak-Kanak Bunuh Diri, Trauma Kerana Momo' - Pencipta Anak Patung 'Momo' Perjelas Tiada Apa Yang Perlu Ditakutkan Lagi


Tular di media sosial satu dunia tentang #MomoChallenge yang diperkenalkan baru-baru ini sehingga mengorbankan nyawa kanak-kanak kerana ada yang bertindak bunuh diri kerana terpengaruh dengan #MomoChallenge.

Pencipta anak patung yang telah mengorbankan nyawa kanak-kanak minggu ini menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan oleh semua kanak-kanak di dunia ini kerana penciptaan anak patung yang mengerikan itu telah 'dimusnahkan'. Anak patung ini dinamakan 'Momo'.

Momo sudah 'mati'

Pengakuan dari pencipta anak patung mengerikan di kilang Tokyo Jepun, Keisuke Aiso, berusia 43 tahun, berkata bahawa Momo sudah mati.

'Ia tidak lagi wujud, ia tidak pernah akan tahan lama. Ia rosak dan saya sudah pun memusnahkannya.

'Anak-anak semua perlu yakin bahawa Momo sudah mati, 
dia tidak wujud dan tiada apa yang perlu dirisaukan,' katanya kepada The Sun.

Kanak-kanak ketakutan terlampau gara-gara anak patung Momo

Terdapat satu laporan, terdapat seorang pelajar sekolah perempuan begitu ketakutan selepas melihat kepada anak patung Momo ini hingga menghentak kepalanya pada dinding sekolah, enggan pergi ke tandas berseorangan dan derita dengan mimpi ngeri.

Pelukis anak patung Momo itu menambah bahawa Momo muncul pada tahun 2018 di Amerika Selatan dan sejak kemunculannya di UK ia telah menyebabkan masalah.

Pencipta anak patung Momo berasa bertanggungjawab ke atas kanak-kanak yang...

Walau bagaimanapun,pelukis itu mengakui bahawa dia gembira hasilnya mendapat perhatian ramai - walaupun bahagian mata anak patung ini menjadi satu bualan hangat kerana sangat menakutkan.

Dia juga berasa 'bertanggungjawab' untuk gelombang ketakutan yang dialami oleh kanak-kanak lain terhadap anak patung yang dikatakan seram itu.

'Orang ramai tidak tahu sama ada ia ketakutan yang digembar-gemburkan tentang anak patung ini benar atau tidak tetapi, disebabkan ianya memberi kesan buruk kepada ramai kanak-kanak, saya berasa sedikit bertanggungjawab terhadapnya,' katanya.

Idea cipta anak patung Momo dari cerita hantu Jepun

Lukisan anak patung Momo ini adalah diinspirasikan daripada cerita hantu Jepun tentang seorang wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak dan muncul sebagai 'bird woman' untuk menghantui kawasan di mana dia mati.



Sumber : Malaymail

No comments

Powered by Blogger.
a