Header Ads

Kelantan Putuskan Takkan Ada Panggung Wayang di Negeri Itu


Kerajaan Kelantan tidak akan membuka semula panggung wayang di negeri itu kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri Izani Husin berkata sudah 30 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung wayang namun ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat kerana ada pelbagai medium lain untuk mereka menonton filem.
Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada gejala sosial.
Selepas berbincang, kerajaan memutuskan untuk tidak mengadakan panggung wayang di seluruh Kelantan,” katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Semalam Syahbuddin Hashim (BN-Galas) ketika membahaskan usul titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan panggung wayang di negeri itu kerana katanya rakyat terpaksa ke Terengganu semata-mata mahu menonton filem di pawagam.
Sebelum PAS mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada 1990, Kelantan mempunyai sebuah pawagam iaitu Panggung Lido yang terletak di Jalan Post Office Lama di sini.
Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a