Header Ads

KKM : Langkah-langkah pencegahan & apa yang perlu dilakukan jika anda hadapi pencemaran kimia bahaya seperti di Pasir Gudang



Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan kepada semua penduduk Pasir Gudang terutamanya yang berada berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari untuk mengelak daripada radiasi bahan kimia disebar.

Basuh segala pakaian yang dipakai kerana ia mampu untuk tersebar kepada mangsa kedua jika tidak dibasuh


Selepas gelombang keempat ini jangan ambil mudah kita boleh terhidu, boleh resap melalui kulit dan sangat bahaya.

“Orang awam dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar berhampiran Sungai Kim Kim, mandi dan basuh pakaian berasingan.

“Walaupun pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua,” katanya.

Ujarnya, bahan kimia itu boleh terwap jika keadaan cuaca panas terik.

Lebih memburukkan keadaan, angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.

Justeru, langkah berjaga jaga termasuk sentiasa menutup pintu dan tingkat rumah perlu dititik beratkan.

Mengulas mengenai peniaga berada sekitar kawasan terjejas, Dr Dzulkefly menasihatkan makanan perlu sentiasa tertutup untuk memastikan ia tidak tercemar dengan bahan kimia.

Beliau turut berterima kasih kepada semua warga Kementerian Kesihatan dalam membantu mangsa sejak hari pertama kejadian Khamis lalu.

Dari sudut keanggotan ketika ini ujarnya berada dalam tahap terkawal dan mencukupi.

Dr Dzulkefly berkata demikian dalam sidang media sempena mesyuarat jawatankuasa bencana negeri Johor pada Rabu.

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku pencemaran bahan kimia seperti di Pasir Gudang baru-baru ini :



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

No comments

Powered by Blogger.
a